02 June, 2010

Pinggan J & G Meakin - Glamour - Celeste


Ini pula ialah pinggan J & G Meakin England dalam siri Glamour - Celeste. Mengikut sejarah ianya dikeluarkan pada tahun 1953, berwarna biru dan masih di dalam keadaan yang sungguh baik. Kepada pengumpul-pengumpul pinggan mangkuk keluaran J & G Meakin ini, sengaja BR tunjukkan di sini untuk menaikkan 'semangat' mereka... he.. he..


Bentuknya memang cantik bersesuaian dengan warnanya. Mungkin kerana usianya yang telah lama menyebabkan timbul 'retak seribu' pada pinggan ini. Mungkin pakar-pakar pinggan lama atau kepada pengumpul-pengumpul pinggan ini dapat menjelaskan fenomena yang berlaku.



Amat sesuai untuk diisikan dengan kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, cucur jawa, kuih lapis, cucur peneram atau cucur keria sebagai hidangan petang di samping seteko air kopi...



Memang confirm ianya adalah keluaran J. & G. Meakin England tercetak jelas di bahagian bawah pinggan. Sayugia juga BR jelaskan bahawa pinggan ini adalah pusaka moyang yang hanya untuk di pamerkan sahaja... he.. he..


8 Any comments?:

rafidah said...

Salam Br,
Pinggan2 Meakins ni mmg terkenal dgn sifat 'makan diri' dia. Hence, the retak seribu tu. Ada jugak yg tak de retak seribu ni. Nasib-nasib la..

Yg penting, penjagaan yg ada retak seribu ni, lepas guna, esp kalau letak sambal ke, atau makanan yg bercili camtu, mesti cepat2 basuh selepas digunakan..Kalau dibiarkan lama, takut the stain akan tinggal di pinggan tu..

Idalara said...

Salam BR..
kerana penjagaan yg baik, pinggan lama ni kelihatan masih baru lagi..

Blues Riders said...

terima kasih di atas info yang diberi.

Ela said...

classic :)

eynda said...

Suka tengok pinggan mangkuk kaler putih :-)

PAKLANG said...

kalau nak beli boleh lawati bflenterprise.blogspot.com

Unknown said...

salam bro...pinjam gambar pinggan dlm entri ni yer? nak wat entri baru jap. terima kasih...

Blues Riders said...

BR to Santri T.P.I.N.I:
dipersilakan untuk kebaikan bersama..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'