24 June, 2010

Cuti-cuti Malaysia 2010 (Hari Terakhir)



Hari Terakhir: 11.06.2010 (Jumaat)

Perjalanan akan diteruskan ke Pulau Pinang melalui Lebuhraya Timur-Barat.


Pemandangan yang biasa kita lihat di negeri Kelantan iaitu salah sebuah negeri yang dipimpin oleh Kerajaan Negeri PAS.


Perjalanan menyeberangi Sungai Kelantan.


Iklan Ubat Cap Kaki Tiga yang menarik perhatian di bandar Tanah Merah. Teringat aku semasa kanak-kanak dahulu berpura-pura batuk semata-mata untuk menikmati kelazatan ubat batuk Cap Kaki Tiga ini.



Singgah shopping di Bukit Bunga iaitu tempat membeli-belah barangan daripada Thailand yang terkenal di Kelantan.


Keindahan Tasik Banding yang boleh dilihat ketika melalui Lebuhraya Timur-Barat melalui Jeli-Grik.


Lebuhraya Grik-Butterworth yang telah siap sepenuhnya dan memberikan keselesaan dan menjimatkan masa.


Anak-anak mula keletihan dan masing-masing tertidur.


Tiba di kampung (Permatang Pauh, Seberang Perai) jam 4.30 p.m. ODO meter kereta menunjukkan 1,533 km perjalanan. Syukurlah semuanya selamat dan menikmati percutian yang cukup menggembirakan. Lengkaplah sudah satu perjalanan panjang yang menempuhi negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.


Menghabiskan cuti di kampung sehingga Khamis 17.06.2010 sebelum pulang semula ke Perak.


Moral Value: "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan"...



6 Any comments?:

LyNn HaMzAh said...

uish...meriahnyer berjalan...pusing habis satu malaysia...

White Bird said...

jeles tengok org bercuti.. sy manusia yg suka sgt travel.. tak rasa penat pun drive.. suka sgt2..
boleh snap2 gambar jugak.dh hobi.

jakionline inc said...

sampai umah boleh tido puas2

me3rma said...

laluan selama 4 taun blaja kat terengganu..macam nak pergi semula jaa..

Chik Mimi said...

salam BR ooo oorg matang pauh ,bila bace pasal loceng tembaga dll teringat kembali zaman persekolahan

snowy said...

tanah merah..kampung halaman ku...blog ni buat snowy imbas masa lampau..hu hu!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'