07 June, 2010

Saturday Night Fever, John Travolta yeaah...


Pada penghujung tahun 1970-an siapa yang tidak kenal dengan John Travolta? Cukup popular dengan filem lakonannya iaitu 'Saturday Night Fever' (1977) dan 'Grease' (1978). Demam disco turut dirasai pada waktu itu di mana Bollywood juga telah mengeluarkan sebuah filem disco bertajuk 'Qurbani' manakala Allahyarham Sudirman Hj. Arshad dengan lagunya 'Mat Disko'.


Alunan lagu 'Staying Alive' dan 'If I Can't Have You' dari dendangan kumpulan Bee Gees memang telah cukup untuk menaikkan semangat Saturday Night Fever dengan kaki ini tiba-tiba sahaja akan bergoyang mengikut rentaknya...


Inilah buku skrap yang aku miliki mengandungi koleksi gambar-gambar John Travolta yang digunting daripada akhbar-akhbar dan majalah-majalah pada waktu itu. Sama-samalah kita ikuti sebahagian daripada gambar-gambar koleksi John travolta yang terdapat di dalam buku skrap ini.



Entah apalah yang aku berkenan sangat dengan mamat sekor ni tak tahulah... Kali pertama aku tengok dia berlakon ialah di dalam filem 'The Boy In The Plastic Bubble' yang telah disiarkan di TV pada tahun 1976 mengisahkan seorang kanak-kanak yang terpaksa tinggal di dalam kelambu plastik kerana tidak boleh berada di dunia sebenar, kalau dia keluar dari kelambu plastik itu, nafasnya akan semput...


Mungkin kerana dagunya yang 'terbelah' tu kot.. Kisah benar yang berlaku di mana seorang rakan yang terlalu meminati John Travolta ini telah mengambil playar lalu mengepit dagunya untuk dilihat seperti terbelah... he.. he..


John Travolta sebagai Tony Manero sedang beraksi. Lagi kisah benar: Masa tu di buku tulis sekolah pun di tulis nama 'Tony Manero'...


Gaya yang cukup popular pada waktu itu (gambar kiri) menjadi ikutan mat-mat disco pada waktu itu.


Ini pos paling mahal sebab ada tandatangan John Travolta ooo...



Senyuman yang amat digilai oleh ramai anak-anak gadis pada waktu itu...


John Travolta bersama Diana Hyland dan anaknya Zachary. Tidak sempat kahwin sebab Diana telah meninggal dunia akibat kanser payudara pada tahun 1977.


Fakta: John Travolta lebih muda 18 tahun daripada Diana! Cinta...



Gambar John sewaktu berusia 9 tahun, saling tak tumpah seperti wajah aku di usia 9 tahun dulu... he.. he..


Dalam filem 'Grease'. Grease is the word... Masa tu minyak rambut Brylcreem atau Poken lah yang akan menjadi mangsanya...



Semuanya itu kini hanya tinggal sejarah dan kenangan. Kadang-kadang rasa kelakarpun ada bila mengingati kembali saat-saat di zaman remaja dahulu... Tetapi buku skrap yang disimpan ini akan tetap menjadi bukti bahawa suatu ketika dahulu aku pernah meminati John Travolta!

15 Any comments?:

KV said...

suka dia dlm grease

myQza said...

x pernah tgk pun cite ni. tp mmg pemes

D'Classic said...

akak masa bebudak dulu pun minat gak dgn dia ni...encem.. heheh...lg satu akak minat tgk dia menari.....

hanie said...

suka layan grease..dulu.. :P

Shariff64 said...

salam BR, masih ada BR simpan koleksi gambar2 JT. Buat bro shariff terkenang zaman2 JT mana tak terpaksa kumpul duit nak beli kasut putih & bergaris ditumit. Setiap malam lak asyik terbayang cam mana nak lekukkan dagu..serupa JT.
Nak bro gunakan pisau cukur.. takut lak. Begitu kuat pengaruhnya..

syaf said...

unix gak hang nyer blog nih...
not bad

Jiji said...

wahhhhh aku pon suka!!!!!! *hi five sket!*

RaafikJahat said...

i love Grease. tapi dah lama tak tengok. nanti nak tengok la. :D

Sally said...

ahha..suka hampir semua lagu dlm cerita Grease tu..ingat lagi budak2 lelaki dulu siap bakar duit 20 cent tu p[astu toreh kat dagu..gila!!..semua pakat nak jadi dagu lekuk cm JT tu..

ieda said...

grease...mmg meriah masa sekolah menengah dulu.
personally.. to me john travolta lg hensem masa dah berumur as compared to younger age.

azimask said...

ahh superb!!!! syabass.... ada gaks kenangan/// hehehehe

jom tgk entry baru mie

Iaryylr said...

saya pula meminati filem aksi John.., dia pun ada lesen dan kapal terbang sendiri... dasyat juga..

Alyssa Villamor said...

dulu mse kecik2 minat kt dia gak,
nmpk macho ! hehe

ashra said...

saya sgt suka john travolta dr dulu smpi skang okkk.. =) suka entry ni

:: || Mrs. Izwan || :: said...

BR mengingatkan saya kepada kawan saya masa kat ITM dulu, fanatik gile kat John Travolta ni. Siap dekat attendance sign nama pun bubuh initial John. Hehe

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'