10 June, 2010

Loceng Lembu Blues...


Masih ada lagikah kereta lembu pada hari ini? Ramai di antara kita yang pernah melihat kereta lembu, tidak kiralah kereta lembu yang secantik di Melaka mahupun kereta-kereta lembu yang terdapat di kampung-kampung yang digunakan untuk membawa barang-barang. Tentu juga ramai di antara kita yang terperasan bahawa lembu-lembu itu dipakaikan dengan loceng di tengkuknya. Oleh itu marilah kita bersama-sama melihat dan mengenali loceng lembu ini dari dekat.



Inilah bentuk salah satu loceng yang dipakai oleh lembu-lembu yang menarik kereta (kereta lembu) suatu ketika dahulu. Bunyinya dentingannya sungguh merdu menandakan kereta lembu itu sedang bergerak perlahan-lahan melalui jalan tidak kiralah di kampung ataupun di pekan. Biasanya jika di kampung dahulu, kereta lembu digunakan untuk membawa barangan dan biasanya dipandu oleh orang India berlilitkan kain putih dikepala.



Salah satu tujuan pemakaian loceng pada lembu ini ialah supaya tuan punya boleh mengenali lembu masing-masing. Begitulah juga dengan sejarah alat muzik angklung di mana menurut kisahnya, angklung (atau seumpamanya yang boleh mengeluarkan bunyi) telah dipakaikan kepada lembu-lembu bagi membezakan lembu masing-masing hasil daripada bunyi yang dikeluarkan. Tetapi apabila lembu-lembu ini berkumpul, maka terhasillah pula satu irama bertangganada yang sungguh merdu bersilih ganti sama seperti loceng angin atau 'wind chime'.


Kereta lembu bolehlah di kategorikan sebagai salah satu kenderaan darat yang telah hampir pupus ketika ini. Sungguhpun demikian hanya locengnyalah sahaja yang telah berjaya diselamatkan khas untuk tatapan generasi kini yang tidak berkesempatan untuk mengenali kereta lembu.


4 Any comments?:

myQza said...

lembu sekarang x de locen.

ske jalan atas jalanraya sesuka hati tanpa di temani tuan

eqacashperlala said...

xpenah tengok kete lembu secara live..

atiza-irmeahs ransom said...

kan ke ada keta lembu kat melaka??uhuhu

Cheqna said...

tak pernah pulak tengok loceng macam ini. interesting..ingatkan loceng yg macam bentuk biasa tu..hehe..

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'