04 June, 2010

Pinggan J & G Meakin - Celeste


Ini ialah pinggan J & G Meakin England dalam siri Celeste. Mengikut sejarah ianya telah dikeluarkan pada tahun 1940 - 1970. Berwarna biru kosong dan lebih kurang sama sahaja seperti pinggan J & G Meakin siri Glamour - Celeste yang telah dipaparkan terdahulu.



Terdapat bentuk berombak-ombak di sekeliling pinggan menambahkan lagi selera makan. Seperti yang pernah BR katakan dahulu, orang tua-tua dahulu lebih suka makan di dalam pinggan yang 'tak nampak lantai' atau tidak transparent.



J & G Meakin Glamour - Celeste (kiri) dan Celeste (kanan). Mungkin pakar-pakar pinggan lama atau kepada pengumpul-pengumpul pinggan ini dapat menjelaskan apakah perbezaan di antara kedua-dua siri ini.



Memang cantik pinggan tok nenek dulu-dulu ini, cubalah bayangkan di dalam pinggan ini diisikan pulut dengan ikan gelama masin dan di sebelahnya pula ada secawan air kopi 'O' pekat...



J. & G. Meakin England tercetak di bahagian bawah pinggan. Tulisan tangan 'MS' itu membawa maksud 'Mat Shariff' iaitu tuan punya asal pinggan ini sebagai penanda milik. Memang telah menjadi budaya di zaman dahulu, pinjam meminjam peralatan pinggan mangkuk ketika mengadakan sesuatu majlis kenduri adalah telah menjadi kebiasaan.


Sebarang tanda di peralatan masing-masing adalah penting supaya senang untuk dikenali dan dipulangkan kembali kepada tuan punyanya setelah selesai sesuatu majlis. Masih adakah budaya seperti itu di zaman ini?


4 Any comments?:

Sally said...

Sekarang kalau ada pun jenis kat perumahan yg ada buat persatuan..pakat kumpul duit, then sapa yg nak guna free la..yg tak bayar kena onloan with charge ..itupun yg plastik jer..
Tp skrg majoriti pakai yg jenis foam tu..pakai buang jer..kan!

buyat(bebola tomato) said...

xtau pasal pinggan mangkuk ni...
tau pakai je....
huhuhu

Anna Boleyn said...

rasanya dah tak de dah budaya tu skang.huhu

p/s: hey..jom komen pasal MANTERA kat belog Hana..Klu bley nak collect komen banyak2 pasal tu. :)

cikgu_aare said...

sampai sekarang pun mak saya masih tulis atau letak sebarang tanda dekat barang-barang dia especially pinggan mangkuk.hehe.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'