30 June, 2010

Ray Ban Pertama Aku...


Inilah cermin mata hitam yang pertama aku miliki kira-kira 25 tahun yang lalu. Waktu itu penggunaan cermin mata ini sangat penting terutama ketika bermotosikal. Selain daripada dapat mengelakkan daripada mata termasuk habuk, ianya juga boleh membuatkan mata menjadi 'sejuk' ketika cuaca panas dan dapat menghindari mata daripada pancaran UV (Ultra Violet).



Pada waktu itu harganya murah sahaja dan mampu dimiliki oleh setiap orang berbeza dengan harga sekarang di mana lebih tinggi berlipat kali ganda. Jenama Ray Ban boleh dikira sebagai salah satu jenama yang berkualiti bagi cermin mata yang telah lama berada di pasaran.



Memang bergaya habis dan boleh menambahkan gaya 'kehanseman' si pemakai. Bekas menyimpan kaca mata ini juga boleh digayakan dengan menyelitkannya dipinggang sepertimana kebanyakan orang meletakkan telefon bimbit di pinggang.



Cetakan 'BL' (Bausch &n Lomb) sebagai tanda ketulenan yang terdapat di cermin kaca mata. Pada cermin mata Ray Ban keluaran sekarang, cetakan 'BL' ini telah ditukarkan dengan 'RB'.



Juga terdapat tulisan B & L Ray Ban U.S.A. tertulis di bahagian atas cermin mata. Bagi cermin mata hitam yang baharu keluaran Ray Ban, tiada lagi U.S.A ini sebaliknya telah digantikan dengan Made In Italy.


Sudah lama aku tidak menggunakannya kerana telah ada yang baharu. Cermin mata ini mengingatkan aku kepada suatu ketika dahulu ianya pernah dipinjamkan dan dipakai oleh nenek selepas beliau menjalani pembedahan mata. Selepas nenek meninggal, cermin mata ini disimpan sahaja tanpa ada sesiapa mempedulikannya lagi...


7 Any comments?:

jakionline inc said...

ia juga boleh membuatkan si pemakainya bertambah kacak 20% .. hehe

Qaseh said...

nampak kacak sikit le dr x pakai hik.

cikgu_aare said...

abah saya pun ada cermin mata ni. tapi dah patah. sayang sangat. sangat klasik!

suzzsuzie said...

lamanya simpan...memang rayban ni jenama yang tak luput ditelan zaman..kalau orang kampung asal pakai spek hitam dia sebut rayban biar [un jenama lain...

JuE said...

waahh...ni peminat brg lama atau jux pminat ray ban je...kt umh ni pon ade...

sweetie2010.blogspot said...

Wah rayban ni dah banyak berjasa pada tuannya. Masa mengurat cik Kak dulu Pakai Rayban ni kot..hehhee terserlah kehandsemannya.

NUFA's said...

ayah sy pon ade gak rayban mcm ni gak . da diwariskan kpd sy skrg ~sbb ayh suda ade rayban baru ~ heheh . ayah bilang , mase dia mulamula beli dulu harga cuma rm90 je . tp ari tuh ~ 2 3 thn lps sbnrnye ~ harganya da smpai rm600++ !

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'