Setem RM5 Juta jadi tarikan.
Fuuh! Alangkah bahagianya kalau akulah yang memiliki setem ini...
(Sila klik untuk besarkan image)
(Sila klik untuk besarkan image)

-Sumber: Mingguan Malaysia 21.03.2010
Tak payah RM5 juta, RM1 juta pun kira orait la tu.. he.. he..
Lalu aku pun selongkarlah khazanah lama iaitu sebuah album setem yang mengandungi setem-setem yang pernah aku kumpul semasa kanak-kanak dahulu. Album setem ini memang tidak pernah dicampur-adukkan dengan setem-setem yang aku miliki setelah dewasa kerana setem-setem yang terdapat di dalam album ini memberi satu nostalgia ketika mula-mula berjinak-jinak mengumpul setem ketika berusia 10 tahun. So, don't judge the album by its cover... he.. he..
Sebenarnya memang terlalu banyak setem-setem yang aku miliki tetapi masih melekat di sampul surat atau di sampul surat yang telah dipotong. Ada juga setem-setem yang masih melekat pada resit atau dokumen perjanjian pada zaman dahulu. Kebanyakan setem-setem adalah dari zaman Malaya yang sukar didapati sekarang.
Kononnya untuk melengkapkan set 13 negeri di dalam Malaysia, tetapi sehingga sekarang tidak pernah lengkap.
Pelbagai setem Malaya. Sebahagian besarnya masih lagi di dalam bekas plastik yang belum sempat 'diproses'. Setem-setem dari luar negara pun banyak juga.
Di zaman kanak-kanak dahulu aku selalu mencari setem di tempat pembuangan sampah pejabat-pejabat kerajaan berhampiran. Memang banyak setem-setem yang boleh didapati terutamanya di Pejabat Daerah atau Pejabat Tanah.
Selain daripada itu setem-setem ini juga didapati dengan cara bertukar-tukar dengan kawan dan juga pemberian daripada saudara-mara.
Demikianlah sebahagian daripada koleksi setem yang terdapat di dalam album setem di zaman kanak-kanak dahulu. Sebenarnya hobi ini telah diteruskan dengan mengumpul poskad dan sampul surat hari pertama pula apabila telah meningkat dewasa. Memang banyak poskad-poskad di dalam dan di luar negara begitu juga dengan sampul-sampul surat hari pertama yang telah dikumpul. Jika hendak dipaparkan di dalam blog ini takut nanti jadi blog filateli la pulak. Walau bagaimanapun ianya tetap akan diselitkan juga nanti.



18 Any comments?:
wahhh... best jgk eh kumpul2 stem ni...
tp sy ni pmls ckt, sukee je tgk stem, nk kumpul tu ntah bile laaahh...
salam...
bila baca tajuk entri, saya cepat2 singgah sini..saya pun antara pengumpul setem dan ianya berterusan sehingga kini...mmg menarik hobi ini..
~xsilap baru sekali sy post entri pasal setem dlm blog saya..yg lain xberkesempatan
banyak setem ye~dah macam akak saya suka kumpul setem sejak sekolah.tak pe la~kalo simpan lagi seribu tahun,gerenti harganya melambung-lambung.tapi yang dapat untung keturunan y bawah2 ler~hehe~
wah banyaknya setem...dulu pernah minat sekejap, lepas tu malas dah nak cari..hehe
sekarang ni sudah kurang peminat kumpul2 setem ni agaknya sebab surat dah jarang2 dihantar.
salam..
saye kumpul setem masa kecik2 je. sanggup berebut dengan anak jiran lagi tuh. betapa teruknye perangai tamak saye ni. tapi bila dah besar, setem tu terabai. isk iskk..
punya nilai yang tersendiri.. menarik .. =)
canteknye stem..dulu yan pn suke kumpul stem..tp da kene rembat..hehe
tak terfikir untuk cari di tempat pembuangan sampah setem2 ni.. :D
teringat movie setem 2009 by khabir bhatia..
best cite ni :)
hai... wanie pon mnt kump setem gak,, tp dh lmer dh hobi tu kna tgl .. sbb skunk dok sbuk stdy,,, tp lau ader setem2 yg cntik tu.. nk gak bli....
mengingatkan aku kepada filem 'setem' ekeke
minat kumpul setem,sampul surat hari pertama...dari kecik sampai la ni
saya mempunyai berjuta koleksi setem dari taun 1850-sekarang,kalau sape nak beli,nak tengok dulu,hit me a call 0199016073
aku pun ad jugak setem,dari tahun 1923..setem dari pelbagai jenis negeri & negara..kalau berminat col je 0136812938
aku ada sebahagian dari setem tu .
kebanyakannye dari tahun 1928-2000.
kalau berminat call 0176790084 .
biar betul, setem 5 juta tu aku ada 10 keping
aku ade jugak stem lama.berjuta-juta keping sampai tak terkira...
Post a Comment