Setelah kita dihidangkan dengan kisah tragis F&N Cinta Pantai Merdeka suatu ketika dahulu, kali ini kita ikuti lagi kisah botol F&N ini yang bolehlah diistilahkan sebagai serupa tetapi tak sama. Sekali pandang sememangnya tiada apa-apa perbezaan di antara botol-botol F&N yang dipaparkan ini, cuma yang jelas hanyalah saiznya sahaja yang berbeza tetapi masih lagi merupakan botol-botol lama keluaran Fraser & Neave.






Sedikit kisah mengenai Fraser & Neave:
Fraser & Neave Holdings rekod untung tertinggi.
(Sila klik untuk besarkan imej)
Fraser & Neave Holdings Bhd, merekodkan keuntungan keseluruhan kumpulan tertinggi sebanyak RM694 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 September lalu dengan peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding RM242.9 juta dicatatkan tahun lalu.
Mengulas lanjut berhubung perancangan syarikat pada masa depan, Ng berkata, syarikat bercadang mengukuhkan teras ketiga perniagaannya iaitu segmen perniagaan makanan yang baru diperoleh menerusi pelaburan dalam syarikat berasaskan makanan ringan.
Katanya, strategi pengukuhan itu adalah sebahagian daripada langkah syarikat bersiap sedia untuk menghadapi tempoh peralihan Coca-Cola yang tamat menjelang September tahun depan.
"Kenaikan keuntungan operasi disebabkan peningkatan jualan minuman ringan dan kejatuhan kos bahan mentah tenusu" - Ng Jui Sia Ketua Eksekutif Fraser & Neave Holdings Bhd.
8 Any comments?:
Salam BR..thanks for info yg amat berharga..(shariff pun ada collection botol2 F & N serta gelas2nya..) terasa sayang dgn item2 nie..
Botol 120 Years F&N ni agak limited, sebab itulah jarang kita nampak. Seorang abang bekas pekerja F&N menceritakan kpd saya botol ini diberikan percuma kepada staff F&N semasa annual dinner tahun tu.
Ada lagi perbezaan pada bahagian hadapan botol ni bro :)
Koi ada 2 bijik botol gini kat rumah..nak jual tak ada sapa yang nak beli..
f&n : fraser & neave. baru tahu.. =.="
sbnrnye ni semua thn biler?
kenapa lady x pernah jumpe, nampak, sentuh.. huhuhuhu..
salamss BR, 1st time tgk.....:)
nostalgia betul botol f&n ini,
saya pun ada sikit kat rumah.
BR botol 120 thn ni memang kosong atau ada air?
Post a Comment