Tabung Affin Bank ini adalah pemberian daripada seorang rakan yang bekerja di Affin Bank. Temanya yang menarik iaitu menabung untuk pelajaran amat sesuai untuk kanak-kanak sebagai langkah awal untuk melatih dan menggalakkan mereka menabung untuk masa depan.
Memang comel dengan bentuk globe yang sedang memakai topi ijazah sambil sebelah tangan memegang sekeping duit syiling manakala sebelah lagi sedang memegang segulung ijazah.
Berbagai tafsiran positif yang boleh dibuat berdasarkan bentuk tabung ini mengenai kepentingan menabung semenjak kecil.
Globe yang menunjukkan beberapa negara yang terdapat di dunia amat sesuai sebagai pengetahuan asas untuk kanak-kanak mengenal dunia.
Lubang untuk mengisi syiling terdapat di bahagian atas iaitu pada topi ijazahnya. Lubang ini mempunyai keluasan yang sesuai untuk memasukkan sebarang saiz syiling.
Seperti biasa, lubang 'kecemasan' atau lubang 'talian hayat' terletak di bahagian bawah tabung. He.. he..
Moral Value: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...
10 Any comments?:
Bgus galakkan anak2 menabung. They deserve a good education. Kang xpyh wt pinjaman PTPTN dh.
memang menarik tabung ini! tentu pengumpul tabung dan globe juga teruja dengan tabung ini, pernah juga dulu saya kumpul pengasah pensil globe, he he he baru ada berapa jer..
Amalan menabung patutlah di galakkan...
Tips apabila di gigit lintah
Bagus juga ada nama-nama negaranya ... ^^
Salam...
Saya guna tabung buluh ja utk anak2...nostalgia sikit...hehhee
dalam semua bahagian.. lubang kecemasan tu paling mendapat tempat dihati.. hahaha
http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/mizi-punya-akal.html
Sungguh Creative pereka tabung nie, membawa banyak maksud yang tersirat di sebalik sebuah model, mantap...:D
iris nak tabung ni la :( kat umah ade tabung unta ambank jer
taknak jual ke ?
Agk2 thun 2019 ni ade stok lg x
Post a Comment