"Bapa kepada seorang remaja yang cacat fizikal dan mental terkejut apabila didatangi dua anggota polis yang mahu menahan anaknya, Mohamad Sukri, 20, kerana gagal melaporkan diri menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 2008."
Apakah perasaan anda apabila membaca keratan akhbar ini? Berbagai perasaan menerjah fikiran kerana akupun mempunyai seorang anak yang sebegini (Rujuk entri March 2010: 'My Son Luqman Harith').
Menurut Encik Zulkifli Abdul, 46, yang juga seorang nelayan: "Anak saya cacat sejak berusia tujuh bulan dan tidak mampu mengurus diri sendiri... malah makan dan minum perlu disuap. Beliau hanya boleh duduk di atas kerusi roda saja dan hidupnya seratus peratus dibantu."
(Sila klik untuk besar image).
Menurut Encik Zulkifli lagi, kad orang kurang upaya (OKU) anaknya sudahpun diserahkan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk dikecualikan.
Jawapan daripada ibu kepada Mohamad Sukri, Khatijah Husin yang berbunyi:
"Beliau sedia menyerahkan anaknya mengikuti PLKN selama tiga bulan jika pihak kem mampu menguruskan anaknya yang memerlukan penjagaan rapi, termasuk memakai lampin pakai buang."
Tahniah kepada Puan Khatijah Husin kerana telah memberikan satu jawapan yang ringkas, tepat dan padat daripada seorang ibu yang lebih memahami...
4 Any comments?:
hmmm..kdg2 Gov ni xrealistik..hmm..ntahla..yg mampu xdi buat cm 2 plak..yg sakit2 2 jgak la yg dikerah utk ikuti PLKN..hmmm..
Hi, you let me a message the other day in my blog, I appreciate it, I'm visiting you now. Your blog seems nice even I dont know your language but thanks for invited me to come.
itula yang satu nye tak paham ngan dasar kerajaan dalam memilih secara rawak ni..inila akibatnya
Biasalah staff Gov...kebanyakanya kerja kerana nak dapatkan gaji semata bukan ikhlas so semua kerja dilakukan sambil lewa dan yg menjadi mangsanya ...seoarang insan OKU yg tak bersalah......
Post a Comment