25 May, 2010

Dulang Bersulam Penghias Dinding


Di sekitar tahun 1970-an dahulu, dulang ini merupakan satu bentuk hiasan yang sungguh popular di setiap rumah. Biasanya diletakkan di dinding rumah di bahagian ruang tamu.


Terdapat dua bentuk yang biasa dilihat iaitu bulat ataupun bujur. Terdapat juga pemilik yang menjadikan dulang ini sebagai bingkai gambar di mana terdapat gambar di tengah-tengah dulang dan dilapisi cermin lutsinar di hadapan. Namun begitu, ada juga pemilik yang menggunakan dulang ini sebagai dulang sebenar untuk menyajikan minuman.



Berbagai corak yang menarik boleh didapati dari dulang ini. Ada yang berwarna-warni seperti di dalam gambar, hitam dan putih serta berbagai warna lagi mengikut citarasa pemilik. Selain daripada itu corak yang menghiasi dulang juga di datangkan dengan berbagai variasi yang cukup menawan.


Jelas kelihatan bingkai dulang daripada dawai kasar yang perlu dibentuk terlebih dahulu mengikut bentuk yang diingini sebelum kerja-kerja menyulam dilakukan.


Close-up hasil anyaman yang kemas.



Dihasilkan daripada anyaman atau sulaman tali plastik berwarna. Memang halus buatannya kerana kerja-kerja sebegini pastinya memerlukan kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi.


Pemandangan di bahagian belakang. Terdapat juga dulang yang dihasilkan mempunyai kaki.



Inilah hasilnya sebuah dulang yang sungguh cantik sesuai untuk dijadikan hiasan mahupun digunakan di dalam kehidupan sehari-hari.


Pada hari ini, kehadiran dulang ini bagi menghiasi dinding-dinding di ruang tamu rumah sudah sukar untuk dilihat lagi. Mungkin telah dibuang lantaran sudah tidak sesuai lagi dengan zaman sekarang. Suasana retro pasti terhasil jika masih ada lagi mereka yang menjadikan dulang ini sebagai hiasan... sungguh nostalgia!


7 Any comments?:

Semangat said...

Membuatnya pasti rumit ya ?

najihah said...

cantik!

:)

Aidi-Safuan said...

sekarang orang pakai dulang besi tuh jer. aidi-safuan sendiri tak pernah nampak dulang cam dalam gambar nih. unik! :)

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

tak pernah nampak,unique betul.

Iaryylr said...

kraftangan yang begitu menarik!

Unknown said...

1st time nampak.woaa.rindu nak makan dalam dulang ramairamai.dulang ke talam?lain ke?

Bangsat Melayu said...

Bingkai kalimah Allah Dan Muhammad biasanya. Makcik saya masa muda2 dulu anyam rotan halus ni

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'