Sewaktu aku di sekolah menengah dahulu, penggunaan pen dakwat basah (fountain pen) sememangnya telah menjadi satu kemestian bagi setiap pelajar. Penggunaan pen-pen ini seperti Parker, Pilot dan Youth (sekadar menyebut beberapa jenama) memang cukup popular pada waktu itu. Harganya juga adalah pada kadar yang mampu dimiliki iaitu di sekitar RM5.00 sehingga RM15.00 sahaja di mana ianya sesuai bagi seorang pelajar.
Pen Parker ini adalah satu contoh pen yang pernah aku gunakan dahulu. Dibeli sekitar tahun 1980-an. Penggunaan pen dakwat basah ini adalah lebih ekonomi berbanding pen ball point kerana ianya boleh diisi semula dengan dakwat yang dibeli berasingan.
Untuk makluman, pen ini masih lagi digunakan sehingga kini tetapi bukanlah untuk menulis nota pelajaran seperti dahulu, cuma digunakan untuk menurunkan tandatangan sahaja kerana pen ini memiliki nilai sentimentalnya yang tersendiri.
Made In England, tetapi kebanyakan pen-pen Parker sekarang ini perkataan England itu telah ditukar kepada U.K.
Apabila bercerita mengenai pen basah, mestilah ada dakwatnya. Umpama irama dan lagu ianya tidak dapat dipisahkan. Ini pula dakwat yang aku gunakan iaitu Parker Super Quink. Petua orang, jika menggunakan sebarang pen dakwat basah, dakwatnya juga seboleh-bolehnya juga biarlah dari jenama yang sama supaya jangka hayat pen nanti akan bertahan lebih lama.
Kelemahannya pula ialah jika dakwatnya terkena baju atau tertumpah. Pernah berlaku kejadian seorang rakan di mana buku-buku sekolahnya habis dipenuhi dengan dakwat yang tertumpah di dalam beg. Cubalah anda bayangkan...
Boleh didapati dalam beberapa isipadu iaitu 2, 4, 20 dan 40 fl. oz. Saiz yang biasa digunakan ialah seperti di dalam imej di atas iaitu 2 fl. oz. Biasanya sebotol dakwat bersaiz tersebut boleh bertahan sehingga bertahun berdasarkan penggunaan. Dengan kebanjiran pen-pen dakwat kering dan pen yang berdakwat gel di pasaran sekarang, penggunaan pen basah ini sudah hampir pupus penggunaannya. Namun begitu tidak dinafikan ia tetap mempunyai peminatnya setianya yang tersendiri.
Pengumpul-pengumpul botol serta pakar-pakar 'botologi' dan 'tinlogi' yang aku hormati seperti saudara Fitri Osman tentunya lebih mengetahui berapakah usia sebenar botol dakwat ini. He.. he..
Terdapat logo Parker di tudung botol dakwat. Lambang anak panah adalah menjadi simbol atau trademark pen Parker ini semenjak dahulu lagi.
Dikeluarkan di bawah lesen dan penyeliaan oleh The parker Pen Company, Janesville, Wisconsin, U.S.A. Juga terdapat di dalam enam warna iaitu Hitam, Biru-Hitam, Biru, Turqouise, Merah dan Hijau. Warna yang sering digunakan hanyalah warna hitam dan biru sahaja oleh kebanyakan orang.
Petua:
Jika pakaian anda terkena dakwat, gosoklah pakaian tadi dengan sabun mandi dengan segera dan direndam di dalam air. Selepas itu basuhlah pakaian itu seperti biasa dengan memberi gosokan yang lebih di tempat yang terkena dakwat.
12 Any comments?:
Dulu-dulu masa awal 90an Teacherputripun memang suka guna parker pen,bagi hadiah pun beri pen parker siap ukir nama tapi sekarang ni tak lagilah. Guna ball pen biasa je skrg..betul la makin nak pupus agaknya.
Salam BR, terima kasih sudi ke blog opah, seronok baca entri BR, tarikh pada objek2 simpanan BR nampak dah lama juga tapi opah masa tu baru mula kerja... salam kenal dan salam ziarah dari opah untuk BR.
ya betul tu..ma ila pun selalu bg petua cm tu kalau terkena ink dakwat..gna sabun mandi..ehhe
classic ni...ingat pulak zmn dulu2 tym pen ni glamer abis...parker paling tip top zmn tu..
huhuh..aku pun minat gk kumpul pen dakwat basah nih..desgin dia chare woo
sentimental sungguh entry abg kali ni. Ingat semasa exam spm thn 1990 sy guna pen parker n siap bawa botol dakwat ke dewan. Memang leceh n lambat bila tulis pakai fountain pen tapi bila cikgu suruh guna, saya ikut je. siap cakap kalau guna pen dakwat dpt extra marks lagi. heheheh
Dulu-dulu masa saya sekolah, sebotol Quink ink hargannya 60 sen.
salam. Kakpah orang lama. Dakwat dalam botol dan pen parker tu betul2 mengimbau kenangan masa lalu.
Tkasih kerana melawat rumah kakpah.
hu.. sngat2 sentimental value... kal0 disimpan untuk beberapa tahun lagi... mgkin harga leh melambung... kire antik..
Ada satu dulu, tapi dah hilang entah ke mana.
Parker trbaik.....ade simpan lg...cuma nk bli dkwatnya jerk.
Parker trbaik.....ade simpan lg...cuma nk bli dkwatnya jerk.
Post a Comment