Pulang bercuti di kampung baru-baru ini masih sempat lagi menggeledah barang-barang lama atau harta pusaka yang tersimpan di dalam rumah. Rupa-rupanya masih banyak lagi khazanah dan harta karun yang belum diterokai yang mana rata-ratanya cukup mengimbau kenangan di masa lalu untuk kita kongsikan bersama.




Wang saku bawa juga 15 duit (15 sen) pada waktu itu untuk membeli air, kuih atau ais krim. Nilai 5 sen masih lagi digunakan dengan harga makanan di kantin hanya disekitar 5 sen dan 10 sen seperti mee, bihun, laksa dan nasi lemak ikan bilis yang dihidangkan di dalam pinggan ayan. Tetapi jarang benar aku ke kantin kerana lebih selesa berkelah bersama rakan-rakan di bawah pokok atau di tepi kelas pada waktu rehat.

Sungguh enjoy pada waktu itu, pergi ke sekolah seperti hendak pergi berkelah dan cukup santai tanpa menjinjing beg yang berat dan terbeban dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti kanak-kanak sekarang. Zaman persekolahan pada waktu itu tidak 'membunuh' zaman kanak-kanak walhal pada waktu itu Peperiksaan Penilaian Darjah Lima jika dibandingkan adalah setaraf dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekarang...
5 Any comments?:
dulu2 kalau sukan kat sekolah..hadiahnya mesti tupperware..sampai dah x muat lemari nak simpan..tapi tupperware yg murah2 jer la..yg pakai buang :P
Betul tu..dulu sekolah mee dlm plastik tu cuma 10 sen. Dan saya juga menduduki Peperiksaan Darjah 3 (1976) dan peperiksaan Darjah 5 (1979)
Hmm.. entri ini penuh dengan nostalgia.. tupperware memang tahan lasak!
1 )singgah & followed...jom follow saya, nak kenalkan kat Hero..awak mesti suka kat dia...klik kat nuff skali tau...he he he
2 )anda dijemput untuk menghadiri majlis bbq bersama blogger pd 11.07.10..sila ke blog saya untuk info lanjut...
sori, shout box lambat nak bukak...
salam. kenapa tupperware dulu2 warna putih. atau da luntur warnanya
Post a Comment