Aku sebenarnya bukanlah seorang pengumpul botol, cuma ada beberapa biji sahaja yang disimpan, itupun kerana ada cerita yang tersendiri di sebaliknya apabila setiap kali terpandang botol-botol itu. Sungguhpun demikian, minat untuk mengumpul itu tetap ada apabila melihat ramai di kalangan rakan-rakan pengumpul botol ini yang sungguh bergaya dengan botol masing-masing yang tersusun rapi di dalam almari. Akupun cukup menghormati mereka dan turut merasai kemeriahan hobi itu.
Umpamanya botol F & N keluaran tahun 1970-an ini akan mengingatkan aku kepada satu kisah yang telah berlaku kira-kira 33 tahun yang lalu ketika masih di sekolah rendah... (muzik flashback dimainkan).
Botol ini akan mengingatkan aku kepada arwah ayah. Kisahnya bermula apabila sekolah mengadakan satu rombongan perkelahan ke Pantai Merdeka di waktu anggota-anggota Kumpulan Tropika yang menyanyikan lagu 'Cinta Pantai Merdeka' belumpun dilahirkan lagi.
Pada malamnya memang aku tidak dapat lena tidur dan makanpun sudah kurang berselera kerana sudah tidak sabar lagi menanti hari esok untuk ke Pantai Merdeka. Memang 'excited' sungguh, masih diingat lagi kata-kata daripada Cikgu Aris "Balik nanti hang bawa balik buang setimba ayaq laut, bagi kat kawan-kawan yang tak pi ni merasa mandi ayaq laut". Dalam loghat utaranya. He.. he..
Pada malam itu juga segala kelengkapan yang hendak dibawa ke rombongan itu turut juga disediakan. Pakaian dan bekalan untuk berkelah dan salah satunya ialah sebotol F & N oren atau orang kampung aku panggil 'ayaq lemenet' ini yang belikan oleh ayah pada petang itu. Dulu-dulu air berkarbonat ini rasanya memang betul-betul 'power' kerana 'gas'nya akan terasa menusuk terus ke hidung, buat pula tersendawa, lagilah terasa ke'kick'annya...
Tidak dapat dibayangkan betapa seronoknya dapat minum 'ayaq lemenet' pada waktu itu sambil berkelah pulak tu. Oleh kerana 'ayaq lemenet' ini di dalam botol dan berat untuk dibawa, terpaksalah ditukarkan ke dalam bekas yang lain supaya lebih senang dibawa. (Bekas seperti gambar di atas) lagipun tidak perlulah membawa pembuka botol hanya kerana sebotol air.
Pagi-pagi lagi tatkala pemandu bas rombongan belum bangun tidur, aku sudahpun bersiap untuk menaiki bas rombongan di sekolah. Ayah menghantar dengan motor Vespanya ke sekolah lengkap dengan berbagai pesanan keselamatannya.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam terasa sungguh lama. Sebaik sahaja tiba di Pantai Merdeka, memang tidak buang masa, terus terjun ke laut dan mandi-manda sepuas-puasnya. Punyalah berlagak kononnya pandai berenang tetapi tangan dan kaki mencecah dasar... he.. he..
Apabila tiba masa makan, teringatlah aku tentang 'ayaq lemenet' yang dibawa. Terus ke bas dan mengambil beg bersama bekalan bihun goreng yang dibawa. Maka berlakulah satu kisah sadis dimana 'ayaq lemenet' yang dibawa tadi telahpun tertumpah kesemuanya membasahi beg. Hasil daripada post-mortem yang dijalankan, didapati bahawa dengan sedikit goncangan dan tindakbalas air berkarbornat di dalam bekas tumbler tadi boleh menyebabkan tudungnya akan terbuka dengan sendirinya secara paksa.
7 Any comments?:
ooo, begitu kisahnya , siap muzik flashback dimainkan..., terpikir sekejap tadi lagu apa yang sesuai, mungkinkah lagu ditepi pantai yang indah?
atau lagu kanak kanak ' berkelah dipantai yang indah'
oh..kesiannya..
terpaksa rela lah minum ayaq laut pulak .. hehe
Masa aku kecik2 dulu taun 70an dh hujung2 la kot.. masa tu kalau aku Demam air Oren ni la Depa dok beli..nak pujok hu hu.....
kesian..hehe
klasik betul botol tu.tak sabar nak balik jb.nak tunjuk kat mak abah blog ni.kompem dorang suke.hehe
aduuuhhh, agak menyayat kisah bro nih...
laaaa.. sedihnya..
Post a Comment