04 July, 2010

NOREXA Jam Tangan Antik


Ini adalah sebuah jam tangan lama Norexa Chronograph Winding buatan Swiss di tahun 1930-1940-an iaitu sebelum tercetusnya Perang Dunia Ke-2. Tarikh sebenar bila ianya diperbuat tidaklah pula diketahui namun begitu usianya adalah dianggarkan melebihi kira-kira 70 tahun dan jam tangan ini adalah buatan tangan.


Terdapat fungsi stopwatch dan biasanya digunakan untuk mencatat masa perlumbaan. Sungguh mengagumkan apabila diketahui jam-jam tangan lama dahulu telahpun mempunyai fungsi stopwatch. Jenama Norexa ini telahpun tiada di dalam pasaran sekarang kerana tempat pembuatannya pun telah ditutup atau mungkin telah bergabung dengan syarikat-syarikat pembuatan jam yang lain.


Muka jam kecil di sebelah kanan menunjukkan perjalanan jarum saat manakala muka jam kecil di sebelah kiri pula sebagai penunjuk stopwatch. Untuk pengetahuan, jarum panjang yang menunjukkan saat pada jam tangan ini telahpun tertanggal dan hilang. Tiada lagi alat ganti yang boleh diperolehi bagi jam ini.


Terdapat juga button mula dan berhenti stopwatch di sebelah atas manakala button reset stopwatch terletak di sebelah bawah.


Bahagian belakang jam.


Enjin jam yang masih elok dan jika diteliti adalah sungguh rumit untuk dibina.


Wajah jam yang menggambarkan usianya...


Penghargaan: En. Hasrul Afandi b. Abd Hamid.


4 Any comments?:

nosembilanbelas said...

nie memang antik..kalau jual kat pasar karat..pun boleh tahan harga nya

Ali sulaiman malaysia said...

SETUJU

Pawwen said...

i got 1 of this watch.. do check out my blog
klfashionstreet.blogspot.com

Anonymous said...

Salam,saya juga ada satu,sama model.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'