Lintah gergasi ditemui di Perlis? Begitulah tajuk sebuah keratan berita Mingguan Malaysia bertarikh 06.06.2010. Kita ikuti berita selanjutnya...
(Sila klik untuk besarkan imej)
Lintah gergasi ini telah ditemui oleh seorang penyelia tapak pembinaan, Mohd Izman Ismail ketika melakukan kerja-kerja pemasangan parit di Semadong, Kangar. Lintah gergasi itu bersaiz kira-kira sebesar tapak tangan dan boleh memanjang kira-kira 30 sentimeter atau sepanjang pembaris (1 kaki) itu juga mempunyai kulit yang agak kesat, tidak seperti lintah biasa.
Menurut Izman, haiwan itu dijumpai di permukaan air parit dan ketika itu, lintah berkenaan dikatakan menghampiri kakinya, kemungkinan untuk menghisap darah. Beliau berkata, haiwan yang ditemuinya itu agak unik kerana saiznya lebih besar berbanding lintah kerbau yang selama ini sudah dikategorikan besar kerana boleh mencapai kira-kira 12 sentimeter panjang.
Jika benarlah haiwan ini telah disahkan sebagai lintah, maka berhati-hatilah kita terutamanya kepada pemancing-pemancing atau sesiapa sahaja yang sering menghampiri kawasan-kawasan yang berair yang dikhuatiri mempunyai lintah. Berdasarkan kepada saiznya yang telah dinyatakan, pembaca sendiri dapat menjangka apakah masalah yang akan timbul nanti...
Moral Value: Tidak kiralah walau di manapun kita berada, berhati-hati dan pekalah selalu dengan persekitaran...
10 Any comments?:
haiyeeeee menakotkan .
fuyoo...besar punyer....
eeeeewwww.. geli...
Happy sunday..nice blog, how about link exchange please in http://roadofvictory.blogspot.com ?
hmm sebesar tapak tangan erk.. last hari khamis.. rasa ada nampak lintah besar cam tu kat pasar malam.. pakcik jawa tu bawa... dia jual minyak lintah.. so dia bawa la lintah2.. besar2...uhuks
Kalau mcm ni, sekali hisap...
Kering badan..
eeee..gelinyer..ingat ade 1 kes..yg seorg budk mati akibat alami pendarahan yg teruk sebab makan kangkung yg ade lintah...so u guyzz out there..be carefull...
besar gila...xpnh jmpa besar mcm ni
ni dekat kampung saya ni..dulu kampung ni xda lintah..nk jumpa sekor pun susah yg amat..lepas member saya wat projek ternak lintah kat sini,datang banjir sekitar 2 taun lepas..habis semua lintah ternakan dia tu keluar...tu yg sekarang kat semadong ni dah cukup bnyk lintah...kecik ada besar pun ada...x caya bleh mai berendam kat depan parit pokok rumbia dekat umah saya kat kampung ni...
bahaya itu kalau ada lintah
Post a Comment