Ramai  di antara kita yang meminati hiasan dalaman termasuklah BR sendiri.  Banyak majalah hiasan dalaman berbahasa Inggeris yang telah diterbitkan  di sekitar tahun 1980-90an tetapi pada waktu itu majalah hiasan dalaman  berbahasa Melayu boleh dikatakan tiada sehinggalah terbitnya majalah  Anjung Seri keluaran pertama ini iaitu pada bulan Oktober 1993 yang  diterbitkan oleh Berita Harian Sdn. Bhd. (sekarang Berita  Publishing  Sdn Bhd.). Ramai juga peminat majalah ini tetapi tidak ramai pula yang  berjaya memiliki majalah keluaran pertama ini...
Gambar  pada kulit hadapan majalah menunjukkan gambaran sebuah dapur. Untuk  makluman, Majalah Anjung Seri ini merupakan sebuah majalah berbahasa  Melayu yang  diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk  hiasan  dalaman dan diterbitkan secara bulanan sehingga kini. Ia  merupakan 'majalah hiasan  dalaman nombor 1 di Malaysia' dengan menggunakan motto 'Mewarna dan Menyeri'. Majalah ini juga  diedarkan di negara jiran seperti Singapura.
Harga  bagi senaskhah Anjung Seri pada waktu itu ialah RM8.00 bagi Semenanjung  dan RM8.50 bagi Sabah dan Sarawak. Berbanding sekarang, majalah ini  berharga RM9.00 di Semenanjung Malaysia,  RM11.50 di  Sabah/Sarawak, dan  S$7.00 di Singapura.
Pada helaian 2 tercatat sidang redaksi bagi majalah Anjung Seri keluaran sulung ini di antaranya ialah:Penerbit: Ahmad Nazri Abdullah, Editor: Abdul Manaf Saad, Penolong Editor:  Ahmad Zaini Zainuddin sementara wartawannya terdiri daripada Zamberi  Othman, Veena Rusli dan Rashidah Ibrahim. Tenaga-tenaga kerja yang turut  menjayakan keluaran pertama majalah Anjung Seri ini boleh anda ikuti  seterusnya pada helaian ini.
Mengapakah majalah ini menggunakan tag 'majalah hiasan dalaman nombor 1 di Malaysia' bukannya 'majalah hiasan dalaman yang pertama di Malaysia'? Mungkin terdapat majalah hiasan dalaman berbahasa Melayu yang lain yang telah mendahului majalah Anjung Seri ini...
Seperti  biasa hiasan dalaman akan bertumpu kepada beberapa segmen dalaman rumah  seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur dan sebagainya.  Pada halaman 32 ini ia menceritakan mengenai penggunaan ruang dapur  basah dan dapur kering.
Pada  helaian 19 memberikan fokus mengenai ruang makan. Amat sesuai untuk  dijadikan rujukan dan panduan untuk menghias dalaman rumah.
Helaian  10 pula memfokuskan mengenai bilik tidur. Walaupun pada waktu ini  beberapa majalah hiasan dalaman berbahasa Melayu semakin banyak di   pasaran seperti majalah Laman Impiana, Impiana, Ruang,  Seni Hias, Dapur  Impiana, Laman Impiana dan sebagainya namun majalah ini tetap mempunyai  peminat-peminat setianya yang tersendiri.


8 Any comments?:
saya memang minat majalah ni..dh byk koleksi kt rumah...skrg dh tukar minat kt belog pulak, hehe
majalah yang penuh artistik dan perlu diminati untuk keperluan koleksi barang-barang rumah.
nice nice nice
suka baca Anjung Seri ni...tapi selalunya "menumpang" baca my sister punya..hehe..
:-)
visit to anjung magazine
Frust saya...adake majalah yg saya kumpul bertahun lamanya isteri saya jual kat apek paper masa saya pergi keje.
Dapat 17 ringgit je..
Marah betul saya..tp saya sabo je laa...bini2..
Tuan ada nak jual tak majalah bilangan 1.anjung Seri?
Puan Zaini Zainuddin tu..
Bukan Ahmad Zaini
Post a Comment