Satu keratan akhbar yang menarik untuk dibaca sebagai satu bahan sejarah.
Rejim monarki Iran di bawah Shah Mohamad Reza Pahlavi digulingkan pada 1979 dalam revolusi rakyat yang dikenali sebagai Revolusi Islam Iran, dipimpin seorang ulama Ayatollah Ruhollah Khomeini setelah Reza Pahlavi dikecam rakyatnya sebagai boneka barat yang mengamalkan fahaman sekular, selain menindas rakyat dan menyalahgunakan kuasa.
Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang memerintah Filipina secara kuku besi sejak 1965 digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat atau Revolusi Laban (Lawan) pada 1986, yang dipimpin oleh Corazon Aquino setelah suaminya, seorang pemimpin pembangkang terkemuka Filipina, Benigno Aquino (Ninoy) ditembak mati semasa kembali ke tanah air dari Amerika Syarikat. Corazon Aquino kemudiannya dipilih menjadi Presiden Filipina pada 1986.
Pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991 di bawah pemerintahan Presiden, Boris Yeltsin selepas mengambil alih daripada Mikhail Gorbachev yang mana tindakannya membuka ruang kepada rakyat untuk mengkritik kerajaan. Demonstrasi rakyat membolehkan 15 republik di bawah Kesatuan Soviet mencapai kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri.
Parti Rakyat Republik Poland yang merupakan parti komunis yang mentadbir Poland dibubarkan 1990 selepas tercetus Revolusi 1989 yang juga dikenali sebagai Revolusi Kejatuhan Komunisme selepas rakyat mahukan perubahan demokrasi. Revolusi di Poland yang diketuai golongan buruh pimpinan Lech Walesa itu menyaksikan beliau dilantik sebagai Presiden Poland pada 1990.
Kerajaan Komunis Jerman menguasai Jerman Timur yang ditubuhkan pada 1949 selepas Perang Dunia Kedua pada 1945 digulingkan pada 1990. Satu perubahan mendadak dikenali sebagai Die Wende (revolusi senyap) bermula pada 1989 dan akhirnya menyaksikan penyatuan Jerman Timur dan Jerman Barat keruntuhan Tembok Berlin pada 1990.
Presiden Suharto dijatuhkan oleh kuasa rakyat pada 1998 selepas memerintah Indonesia lebih tiga dekad. Demonstarasi pelajar dan tunjuk perasaan berterusan telah menyebabkan kerajaan Suharto tumbang.
Kerajaan Thailand pimpinan Perdana Menteri, Samak Sundaravej dari Parti Kuasa Rakyat (PPP) digulingkan tidak sampai setahun berkuasa selepas menang dalam pilihan raya umum pada Disember 2007. Demonstrasi besar-besaran diketuai Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) dilancarkan terhadap kerajaannya pada pertengahan 2008 dan kerajaan pimpinan Samak dibubarkan oleh Mahkamah Persekutuan pada September 2008.
Samak kemudian digantikan oleh Somchai Wongsawat untuk memimpin PPP dan kerajaan Thailand namun pada Oktober 2008 beliau dikepung daripada memasuki pejabatnya oleh PAD. Pada 2 Disember 2008, Mahkamah Perlembagaan mendapati PPP bersalah kerana penipuan dalam pilihan raya dan membubarkan parti itu dan kerajaan.
Abhisit Vejjajiva yang memimpin parti Demokrat kemudian dilantik menjadi Perdana Menteri baru Thailand pada 17 Disember 2008.
Kerajaan Tunisia pimpinan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali digulingkan pada 14 Januari lalu selepas 23 tahun pemerintahan secara kuku besi. Pemberontakan rakyat terhadap pemerintahan kuku besi menyaksikan Ben Ali meletakkan jawatan dan melarikan diri bersama keluarganya ke Arab Saudi.
Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera semalam setelah berlaku pemberontakan rakyat selama 18 hari. Beliau mengamalkan pemerintahan autokratik selama 30 tahun selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Presiden Anwar Sadat yang ditembak mati pada 1981.
Moral Value:
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin."
*Sumber imej pemimpin adalah daripada carian Google.
11 Any comments?:
dah ramai pemimpin yang dijatuhkan oleh rakyat.. harap2 pemimpin lain ambil iktibar daripada perkara ini
balasan r tu.. sebelum dapat, janji menggunung. Dapat jawatan, terus lupa diri.. ish ish.. mane x kne guling camtu..
Nak jadi pemimpin memang payah,baik jadi rakyat yang baik...
pssst...dah nak habis cerita trans-borneo ni,diperlambatkan sebab cuti sekolah bulan mac ni nak ride di Indonesia so....tak sempat nak prepare entry yang lain.
kadang2 mmg patut kena perintah kuku besi..kalau rakyat perangai asik nak gaduh, nak merusuh, nak membangkang..kalau bg cadangan elok2 xboleh ke? it suppose to be modernise world today..nak jadi macam org yg xbertamadun ke? zaman jahiliyah pn xmcm ni...
Walau telah ditunjukkan apa yang terjadi baru-baru ini,Nampaknya didunia ini masih ada lagi pemimpin yang tidak ambil iktibar, masih lagi ibarat menabur garam diluka, baling tahi dalam plastik, bakar duit hisap rokok, lastik burung dalam sangkar.... ( perumpamaan dipetik dari dewan pustaka king iaryylr dari negara angan-angan otak kanan )
tapi takut juga kalau kita pegang sesuatu jawatan dan x dapat laksanakn tugas dgn sempurna, nnt d tnye d akhirat.. adakan amanah yg d berikan sempurna ..
Di negara kita pun ada juga pemimpin yg tak nak undur walaupun dah lebih 20 puluh tahun berkuasa,
bagilah peluang org lain.
if pemimpin tu adil n tak berat sebelah n makan harta rakyat, tak kisah dorang memimpin lama. kalau yg sebalit nya mmg patut d guling kan
pemimpin membantu rakyat....
bukan tindas rakyat... makan duit.
dan pemimpin x menipu rakyat
Semoga pemimpin2 di malaysia dapat mengambil iktibar peristiwa diatas. Bagaimanapula pemimpin keluarga ?
sbb perintah kuku besi rkytnye jd cam2..
kalau x kuku besi dan perintah dgn baik je, rkyt pun jd baik..ape laa..
ada akai ka bnda mudah cam2 x bleh pk!
Post a Comment