08 March, 2011

Oh Mama Saya Mahu Kahwin (Part 1)...


Dari kecil sehinggalah dewasa rasanya tidak putus-putus BR menghadiri kenduri kahwin atau majlis perkahwinan yang diadakan oleh jiran tetangga, saudara mara mahupun sahabat handai. Memang sudah menjadi kelaziman bahawa di dalam banyak-banyak hari di dalam 365 hari, tidak tahulah mengapa majlis kenduri kahwin ini mesti diadakan pada hari Sabtu atau Ahad pada kebiasaannya dan pada cuti penggal persekolahan pada kemestiannya.


Apabila disebut sahaja mengenai kenduri kahwin, tidak dapat tidak mesti ada bunga telur sebagai buah tangannya. Tidak kiralah apapun bekas yang digunakan sama ada seramik, kotak, bertangkai bunga hatta dibalut tisu sekalipun, bunga telur tetap akan menjadi 'tiket' utama yang akan membuktikan bahawa seseorang telah pergi makan kenduri selain daripada bau gulai kenduri di tangan...

Untuk itu, entri kali ini ialah mengenai bunga telur seramik yang telah BR simpan sejak sekian lama hasil pemberian bapa saudara yang telah menghadiri satu majlis perkahwinan yang telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya pada 20.06.1981 iaitu kira-kira 30 tahun yang lalu.


Bentuknya yang unik iaitu berbentuk bunga raya Bunga Kebangsaan Malaysia, sungguh cantik sesuai dengan namanya 'bunga' telur. Sesuai juga dijadikan hiasan kerana keunikannya itu.

Suatu ketika dahulu adat memberi bunga telur sebagai buah tangan kepada tetamu yang hadir pada majlis kenduri kahwin adalah satu kemestian tetapi pada hari ini adat tersebut seolah-seolah sudah hampir dilupakan. Bungkusan gula-gula, Sumi, kuih bahulu, maruku, pulut kacau dan sebagainya telah mengambil tempat bunga telur ini tanpa sebab musabab yang jelas lalu meminggirkan pemberian bunga telur ini kepada tetamu.


Bekas bunga telur ini berwarna kuning dan bertangkai supaya mudah dibawa. Untuk pengetahuan, jika di zaman dulu-dulu adalah tidak lengkap sekiranya bunga telur ini tidak diisikan bersama dengan bunga rampai iaitu daun pandan yang dipotong halus lalu dicampurkan dengan berbagai bunga dan air wangi (potpourri) membuatkan bunga telur ini akan harum mewangi dan sedap baunya.


Terdapat juga lambang Istana Negara pada bunga telur ini.


Keistimewaan bekas bunga telur ini ialah ia merupakan bunga telur sempena Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Y.A.M. T. Muhaini dengan Y.M. T. Ibrahim yang telah diadakan pada 20.06.1981 bersamaan 18 Syaaban 1401H yang telah berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.


Masa kecil-kecil dahulu pernahkan pembaca bermain 'pondok-pondok' atau bermain 'kahwin-kahwin'? Memang cukup meriah mengalahkan kenduri kahwin yang sebenar.

Ada rakan BR yang sanggup panjat pokok kelapa dan menyanyi tanpa henti kononnya sebagai corong pembesar suara rumah kenduri, ada pengapit pengantin dengan kipasnya, ada pelamin, ada tetamu, ada mak andam, tukang masak dan tentunya anda masih ingat lagi gelagat pengantin yang tersenyum simpul malu sambil berjalan perlahan-lahan menuju ke pelamin sambil diiringi oleh paluan kompang daripada ketukan tin dan timba... He.. he..

Sebenarnya terdapat dua jenis bunga telur yang sempat disimpan sebagai kenang-kenangan sempena Istiadat Perkahwinan Diraja ini. Bunga telur yang satu lagi adalah berbentuk tangan sedang memegang bunga raya. InsyaAllah kita akan ikutinya nanti pada episod Oh Mama Saya Mahu Kahwin (Part 2)...


Moral Value: Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah.


11 Any comments?:

fiqas said...

saya ingatkan BR yang nak kawen tadi.. :P

pak su dee said...

Pasal telur : sebenarnya permintaan telur musim perkahwinan amat tinggi, harga meningkat permintaan melebihi penawaran. Jadi pengguna mula bosan dan mencari alternatif yang senang didapati, murah dan menjadi kemudahan kepada pengguna. Sebab itu sekarang sungguh pun ada disediakan bunga telur, tetapi dalam kuantiti yang kecil sebagai memenuhi adat menyediakan bunga telur. Itu lah hukum permintaan dan penawaran. Wallahu aklam...

Iaryylr said...

Patutlah Seramik, rupanya perkahawinan diraja!, sebab pada tahun 81 masih lagi guna sarung plastik yang kilat-kilat kena ketip, tisu.. kalau bungapun bunga kraf.

Muzaffar said...

Teringat bekas telur yang berkilat-kilat. dibuat daripada plastik. Tak pun, telur dibungkus dan dipintal-pintal dengan kertas tisu.

Blues Riders said...

BR to Fiqas:
he.. he..

BR to pak su dee:
ada kebenarannya juga paksu. BR sekolah tak tinggi, mmg xtahu bab2 ekonomi penawaran & permintaan ni..

BR to bro ia:
bunga telur pun mengalami proses evolusi juga bro. kalau dpt simpan buat koleksi pn ok jugak.

BR to cikgu muzaffar:
bekas telur plastik kilat2 tu dh kira ok la tu, tp yg guna kertas tisu tu yg sedih sikit..

Unknown said...

wah...camtu rupanya bunga telur...ic ic .skrg dah kena ganti dah dgn benda2 laen...yg ni ptt la lawan, diraja punye..cane leh pegi kenduri diraja ni? saudara ke?

Mazz said...

BR, tgk tajuk mcm luahan perasaan seseorg yg teringin nak kawin ajer..hehe, tup2 citer pasal bunga telur ler pulak. Sebelah sini, bunga telur dh kureng sbb tuan umah selalu ganti dgn gula2, sumi, sapu tangan dn makanan ringan. Maybe cara tu lebih ringkas dn jimat. Kalau ada pn, bunga telur hanya djadikan hantaran utk pengantin, dh naik taraf sikit kot... Apa2pun n3 yg bagus, esp utk cuti sekolah yg akan dtg.

Bawang Goreng said...

Kalau kenduri kahwin kenapa orang bagi telur ek? Macam benda 'wajib' jerk...

Apa simboliknya?

Cheqna said...

hehe..ke mana agaknya pergi kawan yang jadi corong lagu tu :-)))

Unknown said...

wow....cantik...^^

fara ain said...

cantik la..
cmna ley dpt ni ? huhuhu

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'