Pada minggu lepas, BR telah membawa keluarga bercuti di Sarawak anjuran Kelab Staff pejabat. Tidak lama di sana, cuma pergi hari Jumaat dan pulang pada hari Ahad. Selepas tolak perjalanan pergi dan balik, rupa-rupanya hanya sehari sahaja (Sabtu) yang benar-benar di sana. Tidak banyak pun tempat yang boleh dilawati memandangkan kesuntukan waktu terutama dengan karenah Air Asia yang 'macam-macam'...
Perjalanan pertama ialah ke Pasar Serikin. Jika di Semenanjung pasar ini lebih kurang seperti pasar-pasar yang terdapat di sempadan Thailand seperti di Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Rantau Panjang, Bukit Bunga dan seumpamanya. Tetapi Pasar Serikin ini terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan manakala peniaga-peniaganya pula kebanyakannya terdiri daripada warga Indonesia.
Jarak perjalanan dari hotel di bandar Kuching memakan masa hampir dua jam. Pasar ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dari pagi sehinggalah lebih kurang jam 2 petang. Banyak barangan yang terdapat di sini seperti kraftangan, fabric, pakaian, tikar, kristal, manik, mutiara, ubat-ubatan, kayu-kayan, buah-buahan dan banyak lagilah sampaikan ke buah strawberry pun ada...
BR tiba di sini kira-kira pada pukul 10.30 pagi, kalau di Semenanjung boleh dikatakan masih sejuk lagi cuacanya tetapi di sini ya Rabbi, punyalah panas terik sampai berpeluh-peluh lain macam panasnya. Kata orang jika hendak ke sini hendaklah di awal pagi untuk mengelakkan kepanasan cuaca dan kesesakan pengunjung.
Pasar Serikin ini diadakan disepanjang jalan kiri dan kanan iaitu sepanjang kira-kira 500 meter sehala. Letih juga hendak berjalan dalam jarak tersebut pergi dan balik. Mungkin juga keletihan itu tidak akan terasa apabila teruja dan terpesona dengan barangan jualannya di sepanjang perjalanan itu. Cuma yang tak tahannya ialah keadaan cuaca di situ yang sungguh panas terik.
Kalau sudah dasar peminat barangan lama, barang lama jugalah yang dicarinya. Untuk itu BR hanya fokuskan paparan barangan lama sahaja kerana jika hendak ditunjukkan satu persatu barangan jualan yang terdapat di Pasar Serikin ini memang tak tertunjuk kerana terlalu banyak yang menarik.
BR sempat menyinggah di sebuah kedai menjual barangan lama. Boleh tahan jugalah barangan di dalam kedai ini dan macam-macam ada dijual seperti beg peti, radio, kamera, telefon, seterika tembaga, acuan kuih, jam dinding, jam tangan, accordian, biola, syiling, batu cincin dan sebagainya.
Kepada peminat jam tangan lama, terdapat berbagai jenis jam tangan dari berbagai jenama untuk dipilih. Harganya pun boleh dirunding lagi.
Hiasan daripada kulit siput yang sungguh menarik. Sesuai dijadikan terendak lampu untuk menampilkan gaya Bali. Niat di hati sememangnya hendak membeli tetapi setelah memikirkan bagaimana hendak membawa pulangnya nanti, langsung tak jadi...
Bakul anyaman yang telah menjadi trademark negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini. Adalah dinasihatkan kepada para pengunjung supaya gunakanlah segala kemahiran daya memujuk yang ada untuk mendapatkan harga yang lebih berpatutan meskipun harga yang ditawarkan kebanyakannya lebih daripada berpatutan jika hendak dibandingkan dengan harga barangan yang sama di Kuching.
Buah strawberry pun ada, harganya lebih kurang seperti harga di Cameron Highland juga tetapi yang ini adalah Strawberry daripada Bandung.
Kalau terasa lapar, Nasi Padang pun ada. Antara menu yang disediakan ialah Rendang Padang, ayam bakar, ikan bakar dan Rendang Jering Padang.
Sungguhpun demikian terdapat juga beberapa item barangan yang harga di Pasar Satok, Kuching ataupun di Semenanjung jauh lebih murah daripada harganya di sini. Kepada kaum wanita pula, kain batik, kain lace dan bermacam-macam jenis kain lagi memang boleh dibeli disini kerana harganya memang berpatutan.
18 Any comments?:
wah!Jauh berjalan,
cantik brg2 lama kat sini,
ada beli ke?
Serikin memang famous panas, memang tebakor rasa kulit, datang sini wajib kena pakai topi cowboy atau topi jenis nyonya jual sayur pakai :) Digalakkan pakai tshirt putih, seluar pendek & selipar jepun, takde org nak tengok pon. Cantik chest tu, tak beli ke bro? Tak jumpa botol?
BR to thomas:
sekali2 bawa keluarga makan angin.., ada juga membeli tapi tak banyak, tunggu post yg berikut..
BR to bro fr:
memang panas betul di sini bro. rasa mcm nk 'bxxxl' saja.. hehe..
ada juga tinjau2 botol, tp takda.
Bro, tidak pos poskad buat diri sendirike disana?
salam...
Dulu saya studi kt unimas slalu gk merayau ke serikin ni..bli baju2..ok la harganya,,berpatutan..kena pandai tawar gak!
Tapi kan, selagi kita tak bli payah nk dpt kuar dr kedai tu tau..pstu banyak anjing..BR pegi hari still ada anjing lagi tak?
WoW! Bestnye pi makan angin kat Sarawak.. Zwan X penah sampai kat sana lagi.. HUHU
btw, Nak ole2 dari Sarawak bole? HAHA
MySuaraBlog: Jam Tangan dan Lelaki
BR to bro ia:
beli juga poskad tp tak teringat pula nak pos kat diri sendiri. pejabat pos pun tak nampak.
BR to surie:
anjing dah takda, tp perjalanan selalu terganggu dgn kenderaan yg keluar-masuk..
BR to zwan abri:
ole2 gambir sarawak ada le.. hehe..
Tak penah lagi pegi Pasar Sarikin....
Baru sampai ke blog ni.... selamat berkenalan...:)
Menarik Pasar Sarikin ni..
sgt teruja ngan barang antik tu.. lg2 jam dinding tu
waahh.. cam best jek. bulan 5 nnti insya Allah akan ke sana.
BR to pembawa_wacana:
salam perkenalan juga..
BR to relevan:
memang menarik, kena bawa duit banyak2.. hehe..
BR to khaifaiz:
harga jam2 tu boleh runding lagi bro..
BR to wanfadhilah:
BR pun berasa macam hendak pergi lagi..
Kena pandai tawar-menawar disini.
lea kalau balik kuching, kalau nak pergi serikin jam 6.30 pagi dah pergi.time baru bukak tulah lea masuk kat kedai2x tu.dapat tawar kaw2x punya sebab baru bukak
Very nice post
thanks for sharing
Pernah berniaga dsana (zaman 1st posting&Kbetulan ayah angkat org sana kpg Jagoi Duyoh,on the way ke Serikin).
Almost every week keep serikin (biz tikar swak). 14 years ago.
Pernah berniaga dsana (zaman 1st posting&Kbetulan ayah angkat org sana kpg Jagoi Duyoh,on the way ke Serikin).
Almost every week ke serikin (biz tikar swak). 14 years ago.
Allahuakbar:teringat sgt2 pd klrga angkat dsana (bersyukur lah dgn apa yg kita kecapi dan semenanjung).
#memori serikin tdk pernah sy lupakan.post (IMIGRESEN) berhadapan dgn sekolah SK SERABAK sentiasa mbuat sy bdebar. Apa tidaknya.....selalu kena Tax (sbb klua masuk bwa tikar swak. Apa pun, asam garam peniaga tikar kecil-kecilan spt kami (guru semenanjung)
Pernah berniaga dsana (zaman 1st posting&Kbetulan ayah angkat org sana kpg Jagoi Duyoh,on the way ke Serikin).
Almost every week ke serikin (biz tikar swak). 14 years ago.
Allahuakbar:teringat sgt2 pd klrga angkat dsana (bersyukur lah dgn apa yg kita kecapi di tanah semenanjung).
#memori serikin tdk pernah sy lupakan.post (IMIGRESEN) berhadapan dgn sekolah SK SERABAK sentiasa mbuat sy bdebar. Apa tidaknya.....selalu kena Tax (sbb klua masuk bwa tikar swak. Apa pun, asam garam peniaga tikar kecil-kecilan spt kami (guru semenanjung)
Post a Comment