Sayang Sarawak sungainya sempit
Nakhoda kapal bersusah hati
Hendakku bawa perahuku sempit
Hendakku tinggal tak sampai hati...
(Petikan lirik lagu "Sri Sarawak" dendangan Ishak Haron 1974).
Nakhoda kapal bersusah hati
Hendakku bawa perahuku sempit
Hendakku tinggal tak sampai hati...
(Petikan lirik lagu "Sri Sarawak" dendangan Ishak Haron 1974).
Dalam kesuntukan waktu itu, sempat juga BR berjalan-jalan di Kuching Water Front (Depan Air Kuching?) Sarawak. Teringin juga untuk melihat Sungai Sarawak yang dikatakan sempit itu. Rupa-rupanya Sungai Sarawak itu tidaklah sesempit seperti yang digambarkan di dalam lagu "Sri Sarawak" itu, kerana pada anggaran penglihatan, jarak di antara tebing ke tebing adalah lebih kurang 100m panjang atau luasnya.
Replika 'Bujang Senang' yang sinonim dengan Sungai Sarawak. Pada mulanya diingatkan meriam, tetapi rupa-rupanya sebuah air pancutan. Untuk memudiki sungai ini memang telah disediakan bot besar iaitu 'Sarawak River Cruise' tetapi memandangkan jadual perjalanannya pada pukul 5.00 petang, tentunya tidak sempat kerana banyak lagi tempat-tempat yang perlu dilawati.
Akhirnya BR memilih untuk menaiki perahu tambang untuk memudiki Sungai Sarawak yang memakan masa hampir sejam lebih. Bayaran tambangnya ialah dewasa RM19.00 dan kanak-kanak RM9.00. Pada mulanya memang gayat dan tak confident juga untuk menaiki perahu ini tetapi apabila telah berada di dalamnya dan melihat kepada deretan life jackets yang disediakan, barulah lega sedikit tetapi dengan penuh tawakkal...
Suasana di dalam bot penambang di mana penumpang terpaksa duduk bersila sambil menikmati keindahan Sungai Sarawak. Sambil memudiki Sungai Sarawak anak-anak memang seronok mengeluarkan tangan dan bermain dengan air sungai tetapi menurut pemandu bot, perbuatan itu tidak digalakkan kerana bimbang dengan kehadiran ikan 'Toman Thailand' yang akan menyambar tangan. Bila mendengarkan itu, ngeri juga...
Kesan peninggalan sejarah iaitu Fort Margherita yang telah dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke sebagai kubu pertahanan daripada serangan musuh dan lanun ke atas bandar Kuching. Jelas terserlah ciri-ciri binaan Inggeris pada kota ini yang kelihatan masih kukuh sehingga kini.
Sebahagian daripada rumah-rumah kampung yang terdapat di pinggir Sungai Sarawak. Dari sudut seni binanya tidak banyak perbezaan dengan rumah-rumah pinggir sungai yang terdapat di Semenanjung.
Pemandangan kanak-kanak sedang mandi sungai dengan berbagai aksi akrobatik yang menarik. Errr.. gambar ini perlu di 'zoom' sedikit untuk melihat aksi kanak-kanak tersebut kerana terdapat unsur-unsur 18SX.
Salah sebuah jeti penambang yang terdapat di sebuah kampung. Untuk menyeberangi sungai ini, tambang yang dikenakan ialah RM0.40 hingga RM1.00 seorang.
Sempat singgah sebentar di salah sebuah perkampungan di pinggir sungai kerana tertarik dengan suasana 'gamat' di perkampungan tersebut. Rupa-rupanya terdapat sebuah restoran yang menyediakan karaoke untuk para pengunjungnya. Kalau diikutkan hati hendak juga BR 'tarik' barang selagu melepaskan geram... He.. he..
Terdapat juga beberapa pemancing yang sedang memancing udang di sungai ini. Menurut pemandu bot, hasil udang di sungai ini memang lumayan.
Entah mengapa sebelum meninggalkan Kuching Water Front ini, hati tiba-tiba menjadi sayu terutama apabila mengenangkan lagu "Sri Sarawak"...
15 Any comments?:
wahhh...bestnye..penah gi sekali jer sarawak..
tak pernah sampai sarawak... macam best je
kampung lea pun seberang sungai tu.Tapi belah dalam sikit.Kalau nak g pekan lebih suka naik perahu je. Rindunya kat kuching.ni yang rasa nak balik ni
SAYANG SARAWAK SNGT2!!!
salam blue rider. pernah dulu jejak kan kai di water front ni. masa dulu kecik lagi dalam darjah 3 kot. ingat lagi tambang bot nak ke seberang tu murah je, dalam 50sen kot. haha.
macam best je dapat jalan2 camni, naik bot tengok sungai semua. peh, memang blues lah.
Bila dapat sampai sarawak nie... huh!!!!
salam..aku org sebelah srwk pun belum p lg kat situ..huhu..cian...opss..tuan blog..aku dah bloglist blog tuan at my blog..pls bloglist back my blog here yer..tq..download any program secara premium free punyalah
Seronoknya dia di Sarawak
BR berkempen di sane ke? :-)
Tengok gambar waterfront ni rindu nak
makan nasik lemak kukus pandan kat sane..
Siap ngn teh tarik 3 layer...perghhhh
BR to azwa amani, belogkiter, miryonarsha, iszuan, akumuzikfilem, hafiz hafizol, josrevalution & cikgu zmah:
Sarawak memang best! still got the blues...
BR to monalea:
tak tahu mona org situ, kalau x bleh singgah2..
BR to blog-tips-kurus:
kempen? he.. he..
BR to cik shinju:
tengahari memang makan nasi lemak kat situ. cucur udang pun ada..
tambang perahu tu masih rm 0.50 lagi ke....heheh...naik perahu pegi sebrang tu rasa takut jer.....hehehe...
sekarang sarawak femes amat..buka tv lagu sarawak, cite pasal keindahan sarawak..jgn lupa mengundi..;))
cik ayu yg duk sini da hampir 3 tahun pun x sempat nak jln cm BR..x pe2 b4 grad dari unimas memg plan dgn kawan2 nk round2 sarawak puas2 la...hehehe...seronok tgk gmbar BR dgn family jln2...hehehee
Post a Comment