Group Kalibers begitulah nama sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh empat orang pria serba boleh dalam bidang seni. Sebuah syarikat piring hitam tempatan iaitu Life Records telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan mereka kepada peminat muzik tanahair melalui album sulung yang berjudul "Menanti" yang telah diterbitkan pada tahun 1982.
Memang patut pun artis dulu-dulu tidak semewah artis-artis sekarang, harga bagi sebuah piring hitam pada waktu itu ialah $8.50.. hehe..
Anggota-anggota kumpulan ini terdiri dari Eddynor Ali, Abbysaifullah Ali, Eddy Ali dan Ann Sulaiman. keempat-empat mereka ini pula mempunyai hubungan persaudaraan. Dari hubungan persaudaraan inilah wujudnya nama Group Kalibers yang bermaksud "Kami Ahli Bersaudara".
Juga bermaksud serba boleh dalam arena seni iaitu menyusun muzik, mencipta lagu, bermain alat muzik dengan membaca nota dan juga menulis seni kata juga berlakon.
Eddynor Ali telah diberi tugas selaku penerbit bagi album pertama mereka merangkap penyusun muziknya. Sementara Abbysaifullah Ali diberi tugas sebagai jurucakap bagi kumpulan ini.
Terdapat 10 buah lagu yang dihasilkan sendiri oleh anggota-anggota kumpulan ini. Lagu-lagu tersebut ialah:
Muka Satu
1. Menanti - merupakan judul untuk album sulung mereka ini, dicipta oleh Eddy Ali dan Ann Sulaiman (berentak disco).
2. Liah Wajah Ibu - ciptaan Eddynor Ali.
3. Setelah - ciptaan Eddynor Ali (dangdut).
4. Pergi Tanpa Mu - ciptaan Abby Ibrahim (sentimental).
5. Hancur Cinta Seorang Pria - ciptaan Abbysaifullah Ali (ballads).
Muka Dua
6. Ku Coba Andai Kau Terima - ciptaan Eddynor Ali (sentimental).
7. Pemuzik Malang - ciptaan Eddynor Ali (sentimental).
8. Yang Kuasa - ciptaan Eddynor Ali.
9. Masa Remaja - ciptaan Eddynor Ali (berentak disco).
10. Kerana Kau - ciptaan Eddy Ali (dangdut).
29 Any comments?:
x penah dengar kumpulan ni hehehe..tapi rekod dulu2 memang murah cuma nilai wang pada masa tu tinggi.so kita zaman sekarang rasa murah tapi pada kebanyakkan orang masa tu itu dah kira mahal.
Salam;
Aku pernah dengar kempulan ni..masa tu aku dlm tingkatan 1, 1982.boleh tahan lagu diaorang masa tu...
Owh..ada ek kumpulan ni?? Kenapa macam tak pernah tahu pun..
Apa lagu yang popular?
Bro, boleh nyanyikan satu lagu tak?
BR to simanis yang manis:
kumpulan kurang top.. bila boleh berjumpa dgn pakcik, nk minta sikit piring hitam tu.. hehe..
BR to bro Alan:
betul tu, $8.50 dahulu boleh beli macam2 berbanding sekarang. sekotak rokok skrgpun sudah RM10..
BR to yusuflaili:
boleh tahan juga lagu2 mereka, sesuai dgn zaman itu. disco, dangdut dan juga sentimental.
BR to Cik Sara:
kumpulan lama hampir 30 tahun dah, tentunya hampir dilupakan. tidak pasti pula lagu apa yg popular.
BR to bro ia:
boleh.. BR nak nyanyi lagu "The Great Pretender" nyanyian The Platters.. huhuhu..
x pernah dgr pun kumpulan nie wujud...x tau la plak kan klu de radio yg putarkan lagu2 nie tp saya jer yg x tahu
memang betol nih..tak pernah dengarpon nama kump ni...sorry ek
ade ke kumpulan ni...xpnah dengar pon..wakakaa...
ga nyambung dengan postingan.....ingin mengucap salam cinta dari desa
BR to Tentang Kita, hyazz & Budak Nakal:
tak pernah dengar? objektif BR tercapai untuk memaparkan sesuatu yang lama tetapi akan menjadi pengetahuan baharu. terima kasih dan singgahlah selalu kerana banyak lagi cerita2 lama yang akan dikorek.. hehe..
BR to Geotroy:
salam cinta juga buat geotroy..
Eh.., Ebbysaifullah tu yang pelakon 80an tu ye? Dia kan penyanyi juge.
Emmm..interesting betul blog ni.
BR to Hidayati:
betul tu, ebbysaiful berlakon dlm filem ali setan sebagai latif, kawan baik ali setan..
Hah! betul lah. patut familiar sangat muka dia cuma rambut tu bikin mamy konfius. Mamy mang ingat rambut dia keriting cuma pendek sikit. Nak tau rahsia.., masa kecik dulu MAMY MINAT sangat ngan suara dia. Ader beberapa filem lagi yang dia lakonkan.
BR to Hidayati:
filem yg lain tak ingat sangat, kalau tak silap marah-marah sayang, balik kampung, hantu siang, suara kekasih, rentak desa, azizah the legend dan banyak lagi. sekarang masih minat?
kalau tak silap tiga dari ahli kumpulan merupakan cucu kepada seniwati minah ketot@minah yem, Eddy Ali pula merupakan pelakon kanak kanak dalam filem "satay".secara peribadi saya lebih mengagumi eddy ali sebagai pelakon kanak kanak yang hebat berbanding dengan Bat Latiff, umur tiga tahun diberi peranan penting dalam filem .
BR to paksab:
kalau paksab masuk komen memang BR tabik! terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat..
eh cane boleh taktau ek..
BR to Amirah Adnan:
sekarang dah tau.. hehe..
Lagu popular kumpulan ini ialah Kalaulah
kalaulah aku pengemis di jalanan
sudikah kau mmenemaniku
atau malukah kau akan diriku
akan tetapkah kau menyayangiku
seperti mana sekarang
kalaulah aku seperti itu
kalaulah aku cacat anggotaku
sudikah kau mendampingiku
akan setiakah kau pada janjimu
tetap berada di sisiku selalu
seperti mana sekarang
kalaulah aku seperti itu
walapun biduk berlalu
kiambang kan bertaut
walau usiamu melanjut
kasihku tak kan luput
apayang kukatakan
pasti kukotakan
kalaulah aku.....
kalaulah gelap alam sekitarku
sudikah kau meneranginya
membawa cahaya dalam hidupku
selama-lama menjadi dianku
sepanjang masa dan zaman
kalaulah terjadi seperti itu
...............
I suka lagu 'Nasib malang'
I paling suka lagu Nasib Malang
Best jgk Album Pertama Kalibers ni, 03 October 1982..
Nostalgia....
saya ke blog ini bila mencari lebih maklumat tentang lagu 'Nasib Malang' oleh kumpulan Kalibers.
Tq so much, mmg minat giler dgn lagu nie ..
Nostalgia Sgt2.. Apa kabar Semua ahli kumpulan ni.. sy pernah naik kereta sekali dgn diorg dari KL nak blk ke penang.. Sahabat Dulu2 ������
Salam semua,
sekadar bertanya..
betul ke pengunduran Saudara Eddynor Ali daripada kump. KEMBARA disebabkan kump. KAmi ahLI BERSaudara?
saudara...semenjak saya siarkan lagu 'kerana kau' lagu dari kumpulan kaliber's beberapa kali..tetiba lagu2 ini hilang dari simpanan dlm facebook saya. sampai sekarang saya cari di-google, youtube...tak jumpa2. ada yg dengki ke pe? bertahun2 lagu ini tak disiarkan diraDio & saya-lah org pertama yg keudarakan semula di-profile saya. jgn dengki-lah. knape tergamak buat mcm ni kpd saya?. boleh letakkan balik ditempat saya atau google atau youtube sekalipon. bersihkan hati tu...jgn jadi perampas dan sembunyikan utk anda seorg sahaja yg boleh dengar. Allah tak suka pada manusia yg ada penyakit hati mcm ni tau tak? fikir2 kan.. jgn menzalimi saya... saya dah usaha..tapi org lain nak monopoli dan curi dari simpanan saya. tolong emailkan kpd saya sacarab terhormat dan pastikan saya dapat dengar kembali lagu ini...jgn main2 kan saya lagi.
Kalau lah
Terbaik...'kalaulah'
Post a Comment