Jambatan Ahmad Shah berdiri megah merentangi Sungai Pahang. Di bawah mengalir air yang pernah dimerahi oleh darah penjajah. Di sinilah Dato Bahaman meniupkan semangat kebangsaan.
Begitulah sejarah Temerloh bermula pada tahun 1800 yang banyak menyimpan sejarah bangsa. Pada masa itu Temerloh dikenali sebagai Kuala Semantan yang menjadi tempat persinggahan kerana ia menjadi pelabuhan kecil kepada penduduk di persisiran Sungai Pahang.

Sejarah silam mencatatkan pada masa itu penduduk di Kuala Kerau, Kerdau, Teluk Sentang, Bintang, Peragap dan Lubuk Terua hingga ke Chenor menjadikan Kuala Semantan pusat membeli belah serta menjual hasil pertanian mereka.

Pada masa itu puluhan perahu kajang iaitu perahu yang beratapkan kajang digunakan untuk membawa barang-barang itu setiap hari ke Kuala Semantan. Perahu kajang itu biasanya dikayuh oleh tukang kayuh. Tuan punya perahu itu biasanya adalah pedagang Melayu yang menjual barang-barang ke Kuala Semantan.
Pada suatu hari sebuah perahu kajang yang penuh dengan muatan singgah di Pulau Temerloh (Buntut Pulau) untuk menjual hasil dagangan mereka. Oleh kerana penat, tiga orang pengayuh itu lalu tertidur. Mereka kemudian dimarahi oleh tuannya apabila perahu itu hanyut dibawa arus. Lantas ketiga-tiga pengayuh tadi mengatakan mereka "temerloh" sebentar.

Kuala Semantan juga dahulunya terkenal sebagai tempat Dato Bahaman meniupkan semangat kebangsaan menentang Inggeris pada tahun 1891. Pada masa itu Dato Bahaman adalah Orang Besar di Lubuk Terua dan terkenal sebagai Orang Kaya Pahlawan Semantan.
Dato Bahaman berjaya menyerang CEM Desborough yang menjadi Pemangku Pemungut Cukai Tanah Temerloh pada 15 Disember 1891 serta mempertahankan Kuala Semantan. Dato Bahaman juga telah menyerang Balai Polis yang didirikan oleh pihak British di Lubuk Terua dan berjaya mengalahkan pasukan CEM Desborough. kejayaan ini telah membangkitkan semangat orang-orang Melayu di Kuala Semantan dan Temerloh.

Kesan-kesan sejarah masih lagi terdapat di Kuala Semantan. Bagi mengenang jasa pemimpin dan pemerintah negeri Pahang Darul Makmur, beberapa nama telah diabadikan antaranya ialah Masjid Abu Bakar, Jambatan Ahmad Shah, Jalan Tan Sri Hamzah, Jalan Tan Sri Yahaya dan Jalan Dato Awang Ngah.
Pembukaan tanah baharu di bawah Rancangan Felda dan Felcra Gugusan Jengka Tiga Segi dan Gugusan Bera telah memajukan dan merancakkan lagi pembangunan di Temerloh yang turut dikenali sebagai Bandar Ikan Patin.
Moral Value: Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
10 Any comments?:
wow..best...saya pun anak peneroka BERA..hihhhiiii
Barulah aku tau kisah asal nama Temerloh...
BR to LintasKoran:
terima kasih.
BR to Yuszma Yaacob:
memang best jadi anak peneroka.. duit banyak.. hehe..
BR to Koding:
mengikut kisahnya begitulah. wallahhualam.
Wow, kalau dapat kembali ke masa silam pekan lama ... banyak yang boleh dibawa ke masa kini untuk tatapan semua... :)
Nice..,
BR to bro ia:
betul tu, dengan tauke2nya sekali kita bawa balik.. hehe..
BR to Muhammad Naqib:
terima kasih.
oh saya kenal dato bahaman! ^^"
hahaha, sejarah form 2 ^^V
BR to Lady Emilya:
jangan dilupakan perjuangan orang dulu2. tiada dahulu tiadalah sekarang..
Sejarah lampau yg membangakan bangsa dan negara.
BR to bro thomas:
memang membanggakan. itulah kuasa sejarah..
Post a Comment