04 August, 2010

Penutup Batang Pedal Basikal (Crank Arm)


24 jam telahpun berlalu dan seperti yang telah dijanjikan, di sini BR umumkan jawapan serta pemenang bagi soalan teka-teki semalam. Telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan di antara jawapan-jawapan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

1. nur aisya umaira - penyepit
2. Nur Erma Suzieaty - acuan kuih
3. Cik Awynn - lilin tanpa sumbu
4. Yatt - seat basikal
5. CgMas - butang
6. sweetie2010 - sabun atau lilin
7. AUR - sagat sisik ikan
8. Anonymous - tempat gantung sabun
9. Anonymous (Hercules Man) - penutup batang pedal basikal
10. Syafiq Kadiran - kulit kerang biru
11. Elvin - kayak toilet
12. Ummi Humaira - penutup batang pedal basikal
13. Gen Fujita - klip kertas


Setelah diteliti oleh para juri, keputusan pemenangnya ialah: Anonymous (Hercules Man) berdasarkan beliau adalah peserta terawal yang telah menjawab dengan betul meskipun jawapan yang diberikan oleh Ummi Humaira adalah betul juga.


Sebenarnya apalah sangat pada hadiah yang ditawarkan, tetapi tujuan sebenar BR ialah untuk memeriahkan lagi dunia blog ini di samping lebih saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan bloggers. Selain daripada itu dapat juga kita mengenali semula barang-barang lama yang semakin dilupakan terutama kepada generasi muda kini.




Tujuan penutup batang pedal (crank arm) diwujudkan di antaranya ialah untuk mengelakkan 'kaki' kain atau seluar tersangkut padanya dan juga untuk mengelakkan kotoran minyak atau gris terkena pada pakaian selain daripada satu aksesori yang cukup popular pada basikal suatu masa dahulu.


Gambar yang ditunjukkan semalam yang telah 'memeningkan' banyak pihak. Rujuk: http://bluesriders.blogspot.com/2010/08/mari-bermain-teka-teki-apa-benda-ni.html


Ini pula gambar di bahagian belakang penutup batang pedal (crank arm).


Tahniah kepada Anonymous (Hercules Man) yang telah berjaya menjawab dengan betul. Sila berikan nombor HP (Maxis, Celcom atau Digi sahaja) untuk menuntut hadiah anda. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi di lain kali kerana banyak lagi teka-teki berdasarkan gambar yang akan BR kemukakan. Untuk makluman, Semuanya ini hanyalah untuk suka-suka sahaja dan tiada sebarang maksud yang tersurat mahupun tersirat...


03 August, 2010

Mari Bermain Teka-Teki: Apa Benda Ni?


Soalan pertama yang ditanya, apa benda ni? Mungkin kepada pakcik-pakcik atau opah-opah tentu telah mengetahuinya tetapi mungkin tidak kepada anak-anak zaman sekarang. Untuk itu hari ini BR dengan murah hatinya akan menghadiahkan topup RM5 (Maxis, Celcom & Digi sahaja) kepada sesiapa sahaja yang boleh menjawabnya dengan betul.


Syaratnya mudah sahaja, sila berikan jawapan anda di bahagian komen sahaja (di Cbox tidak akan dikira). Jawapan pertama yang betul akan dikira sebagai pemenang dan jangan lupa sertakan sekali nombor telefon anda untuk ditopup. Keputusan pengadil adalah muktamad, surat menyurat tidak akan dilayan. He.. he..


(Sila klik untuk besarkan imej)

Selamat mencuba!

* Peraduan ini dibuka 24 jam dari sekarang dan jawapan serta pemenangnya akan diumumkan pada pukul 10.00 pagi esok.


02 August, 2010

Rahsia Majalah Anjung Seri Terbongkar...


Mungkin inilah sebabnya majalah Anjung Seri tidak menamakan majalah mereka sebagai 'majalah hiasan dalaman yang pertama di Malaysia' sebaliknya hanya menggunakan 'majalah hiasan dalaman nombor 1 di Malaysia' Rupa-rupanya majalah hiasan dalaman berbahasa Melayu ini yang diberi nama 'SUASANA' telahpun berada di pasaran semenjak 1992 lagi iaitu setahun sebelum keluaran sulung majalah Anjung Seri.


Diterbitkan oleh kumpulan ATMAWAJA, Jabatan Penulisan, Universiti Malaya pada tahun 1992 dengan harga $9.90 senaskhah.


Keluaran pertama dan terakhir kerana selepas itu tiada lagi keluaran seterusnya... Untuk pengetahuan, majalah ini juga telah diberikan status 'Permit Penerbitan Dikecualikan'.


Senarai redaksi pengarang boleh dilihat pada helaian pertama.


Seperti juga majalah hiasan dalaman yang lain, majalah ini juga memberikan gambaran hiasan dalam yang tidak kurang juga hebatnya sesuai dengan zamannya.


Lakaran-lakaran hiasan dalaman yang boleh dijadikan panduan untuk menghias kediaman.


Rumah tradisional atau rumah kampung juga tidak dilupakan...


01 August, 2010

Kesilapan Bilangan Majalah Anjung Seri...


Mungkin tidak ramai pembaca majalah Anjung Seri yang ter'perasaan' bahawa majalah ini telah melakukan satu kesilapan pada bilangan majalahnya di keluaran 80 dan 81 iaitu bagi keluaran bulan Mei dan Jun tahun 2000. Sungguhpun demikian, kesilapan itu hanyalah pada yang tercetak pada 'tulang' majalahnya sahaja tetapi cetakan bilangan di kulit hadapan adalah betul. Mari kita semak:


Cetakan bilangan yang menunjukkan kedu-dua majalah mempunyai bilangan yang sama iaitu 80.


Pada kulit hadapan majalah pula menunjukkan cetakan yang betul iaitu bilangan 80 dan 81.


Untuk lebih jelas lagi bolehlah dilihat pada susunan majalah ini iaitu daripada keluaran 73 hingga 96.


Moral Value: Kesilapan boleh berlaku di mana-mana...


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'