Hari ini 8 Syawal 1431H genaplah sudah seminggu kita berhari raya. Masih di dalam mood Hari Raya dan jika hendak diceritakan mengenai nostalgia Hari Raya memanglah tidak tercerita memandangkan terlalu banyak peristiwa yang mengimbau kenangan suka-duka berhari raya terutama di zaman kanak-kanak dahulu.
Di Zaman BR berhari raya dahulu untuk mendapatkan duit raya keseluruhan RM10 pun susah walaupun telah berpeluh-peluh berpusing satu kampung kerana pada waktu itu wang syiling 5, 10 dan 20 sen adalah yang paling banyak disedekahkan kepada kanak-kanak yang datang berkunjung.
Berbeza dengan sekarang di mana paling kurang 50 sen dan RM1 adalah menjadi satu kemestian untuk disedekahkan kepada kanak-kanak. Kalau hendak dapat 50 sen atau RM1 pada waktu itu, pergilah beraya di rumah cikgu, gerenti boleh dapat sebab memang telah di 'mind set' kan bahawa golongan cikgu ini banyak duit... He.. he..

Apabila dah dapat banyak duit raya, maka beramai-ramailah pergi ke bandar atau pekan berhampiran untuk untuk 'bersuka ria'. Baik kanak-kanak lelaki mahupun perempuan, biasanya pergi shopping barang permainan ataupun menonton wayang. Memang enjoy pada waktu itu sambil di tangan memegang botol soda... Ada sesetengah kedai yang membuka
'extra table' khas untuk menjual mainan dan juga judi 'tikam-tikam' selain daripada penjualan bunga api dan mercun. (Pada waktu itu bunga api dan mercun belum lagi diharamkan).

Sesuatu yang amat menyentuh kalbu menjelangnya Hari Raya ialah apabila BR terpandang kembali peluru dan pistol ini. Masih terbayang kira-kira 35 tahun yang lalu peluru dan pistol inilah yang akan menjadi pilihan utama kanak-kanak yang dibeli dengan hasil duit raya.

Setiap satu tabung mengandungi 6 roll peluru di mana setiap satu roll mempunyai 100 titik belerang untuk 100 tembakan. Untuk yang lebih
advance, peluru ini akan menghasilkan bunyi yang lebih kuat jika diketuk dengan penukul.

Inilah pistol yang dimaksudkan, terdapat di dalam berbagai saiz dan bentuk seperti pistol sebenar. Pada zaman BR dahulu pistolnya adalah lebih kecil dan muat-muat untuk dimasukkan ke dalam poket, ada yang single barrel dan double barrel.

Cara meletakkan peluru pistol adalah seperti ini. Ada
button kecil di tepi pistol untuk membuka dan menguncinya semula selepas dimasukkan peluru.

Kelihatan titik belerang yang akan meletup apabila diketuk. Bunyi yang dihasilkan tidaklah sekuat manapun cuma asap dan percikan apinya sahaja yang lebih...

Setiap kali trigger ditekan, ketukan pada belerangpun akan berlaku di mana akan menghasilkan bunyi letupan bersama percikan api dan asap. Oleh sebab itu itu pistol ini perlu selalu dicuci kerana akan terdapat debu-debu merah di dalamnya.

Waktu itu mulalah perasan menjadi
cowboy ataupun askar dengan tembakan tanpa henti. Selepas tembakan, muncung barrel yang masih berasap akan dihembus sebagai tanda kehebatan...
Kepada pembaca yang pernah bermain dengan pistol ini pada Hari Raya bolehlah berkongsi cerita dengan BR.