27 June, 2010

Lesen P.S.V. Dan G.D.L. @ 'Chapras'


Suatu ketika dahulu fenomena pemandu-pemandu kenderaaan awam seperti teksi dan bas dan juga sebarang kenderaan pengangkut barang-barang seperti lori dan van termasuklah konduktor bas atau 'kolet bas' memakai lencana seperti ini adalah satu perkara biasa sama ada disematkan atau disangkutkan di poket hadapan baju. Konduktor bas sekolah aku dahulu menyangkutnya di pinggang dengan penuh 'eksennya'.


Ini ialah Lencana Public Service License (P.S.V) yang digunakan oleh pemandu-pemandu perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa dan bas. Masih lagi menggunakan ejaan lama iaitu 'Negeri2 Tanah Melayu' diikuti dengan nombor siri lencana serta perkataan 'Kereta Perkhidmatan Awam Derebar'.


Sekarang zaman sudah berubah, tiada lagi kelihatan mereka yang disebutkan di atas memakai lencana seperti ini meskipun undang-undang untuk memiliki lesen ini masih kekal cuma pemakaiannya sahaja dimansuhkan kerana telah diganti dengan lesen yang berbentuk kad. Mungkin terdapat rungutan di kalangan pemakainya atas pelbagai sebab.


Untuk mendapatkan lesen ini, beberapa syarat telah dikenakan termasuklah sihat tubuh badan dan perlu lulus peperiksaan yang telah ditetapkan. (Sila rujuk dengan JPJ untuk maklumat lanjut).


Untuk pengetahuan, lencana-lencana ini juga dipanggil 'Chapras'. Sehingga kini akupun tidak pasti apakah maksud sebenarnya Chapras itu. Mungkin juga pinjaman daripada perkataan Inggeris yang telah di Melayukan seperti 'Up and stand' menjadi 'Ooop Pat Tin' (kata-kata untuk menyuruh kanak-kanak bangun berdiri) di dalam bahasa Melayu.


Ini pula ialah G.D.L. (Good Driver's Licence) digunakan oleh pemandu-pemandu kenderaan yang mengangkut barang-barang seperti lori dan van.


Juga masih menggunakan ejaan Bahasa Melayu lama iaitu 'Derebar Kereta2 Pengangkut Barang2'.


Satu lagi contoh G.D.L. (Good Driver's Licence) dengan nombor siri lesen yang berlainan.


Lencana G.D.L versi terbaru kerana terdapat perkataan 'Malaysia' bagi menggantikan 'Negeri2 Tanah Melayu' dan 'Pemandu Kenderaan Barang-barang' bagi menggantikan perkataan 'Derebar Kereta2 Pengangkut Barang2'. Juga terdapat tulisan 'JPJ' yang merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu jabatan yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen ini.


Terdapat tulisan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) di belakang sarung lencana. Apa yang paling mengingatkan aku kepada lencana ini ialah telatah seorang pemandu teksi yang pernah aku naiki menjadi begitu kelam-kabut kerana lencananya telah hilang ketika ditahan oleh polis.


12 Any comments?:

Iaryylr said...

BR, nielah koleksi yang tidak pernah terfikir rakyat jelata,susah nak dapatnie... gang-gang roadtax lama,leset tv & seangkatan suka ni.., bagus simpan barang nie buat tatapan generasi..

Blues Riders said...

ia, jumpa dalam stor, xtau siapa punya. btw banyak lagi harta karun nak keluar ni.. he he..

Jemanberagas said...

wah bnr2 menarik hati aku la ko punye cite ni..ye la teringat dulu2..aku ni lorry driver,,merase pakai benda 2 he.hee...thanks..

Khairunnisa' said...

I think my late Grandpa pernah ada benda ni. Macam pernah tengok sebelum ni but not sure di mana and bila.

(http://ohmonstar.blogspot.com)

Murni Alfathunnisa said...
This comment has been removed by the author.
Murni Alfathunnisa said...

good info!

Anonymous said...

Assallam

Anonymous said...

Saya nak beli lencana GDL, macam mana caranya

Mr Satan.. said...

Lesen kondaktar bas je takde lagi ye

Mr Satan.. said...

Ejaan dulu dekat lesen Tu kondaktar bang, saya Ada simpan dua 😊

Anonymous said...

Contac saya 0179373922

Anonymous said...

W.salam...boleh hubungi saya 017 9373922 wasup dulu

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'