26 June, 2010

Pemotong Telur...


Ini ialah pemotong telur rebus yang akupun tidak pasti berapakah usia sebenarnya. Digunakan sejak turun temurun, tahan lasak dan tidak berkarat kerana diperbuat daripada aluminium dan masih digunakan sehingga kini.


Pada waktu inipun masih ada lagi pemotong telur seperti ini, tetapi kebanyakan materialnya ialah daripada plastik sama ada buatan tempatan ataupun buatan China.


Semasa kanak-kanak dahulu, selalu aku gunakan pemotong telur ini sebagai gitar. Emak selalu marah bimbangkan dawainya akan terputus.


Dawai-dawai yang bertindak sebagai pemotong telur. Untuk makluman, dawainya juga tidak berkarat setelah sekian lama.


Buatan England daripada produk 'Jala'. Amat sesuai dan perlu ada di dapur-dapur yang bercirikan Gaya Inggeris.


Cuma perlu letakkan sahaja sebiji telur rebus yang telah dibuang kulitnya di tengah-tengah acuannya, kemudian tekanlah dawai tersebut sehingga ke bawah untuk membelah telur. Sila pastikan telur yang hendah dibelah tadi betul-betul direbus dengan sempurna kerana pemotong telur ini amatlah tidak sesuai bagi telur yang lembik atau kurang masak.


Hasilnya telur tadi akan terbelah dengan 11 bahagian setebal kira-kira 5mm setiap satu belahan dengan tersusun, anak muda andapun pasti berebut-rebut untuk melakukannya untuk merasai pengalaman membelah telur...


Inilah hasilnya, amat sesuai digunakan oleh penjual nasi lemak, mee, laksa atau apa-sajalah makanan yang berasaskan penggunaan telur. Telur akan terpotong dengan begitu cantik dan penuh sopan santun apabila dihidangkan.


15 Any comments?:

Zack Zaifull said...

ya ya! bagus alat ni... aku pun pernah guna dulu, comel je bila belah telur.

sekarang macam tak pernah tengok plak benda tu kat kedai

barang klasik tu haha

Purpleroses said...

Hihi..xpnah tgk pon pemotong tlor ni..jakunnya..

|Ihsan| said...

dlu kcik2 tgk mende alah ni tergntung kt umah, trtnye-tnye gak ape mnde lah tu..
pastu ade owg gtw tu pemotong telo..
huhuhu...

Anonymous said...

bgs nyer alat nie.. ada jual ker kat malaysia nie? hehe

Anonymous said...

BR..CF follow jgk ;)

Skype Crew said...

lol..sbb tu dulu skype tgk org belah telur elok2 jer..rpenye pki bendalah nie..mmg klasik r...

Unknown said...

hu skang ni jarang jumpe nasi lemak telo belah2 gni,lakse penang pn xde..skang belah 4 belah dua saja..huhu..
wah ade lagi tak bende alah ni jual kat kedai..kedai barang antik kot?=)

Iaryylr said...

sekarang diperbuat dari bahan plastik jer.. tak amcam dulu..tahan lama...

blurguyz79 said...

x pernah jumpa benda ni...walupun plastik.best pula dapat tengok

reyapot said...

hi there... visiting u here.. thanks for visiting my blogs... see u again!

jhudiel said...

hi.. nice blog layout.. i like the color
i hope u can visit my blog too!

caloy said...

hello friend.. thanks for visiting my blog.. seeu again!

Qaseh said...

uitt ..bende ni dolu2 dah ade erk...
memang baguslah....
mak qaseh dulu pakai benag...hik...

Mardhiah said...

coooooool~
XD

alan said...

ada pakai lagi kat umah..masih guna dawai,bukan plastik.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'