06 June, 2010

Poh Chai Pill...


Di zaman kanak-kanak dahulu sekiranya berlaku sakit-demam, ubat-ubatan yang dijual di kedai-kedai ubat atau runcit akan menjadi pilihan utama oleh kebanyakan ibu bapa. Ubat-ubatan seperti ubat batuk Cap Kaki Tiga, minyak Cap Kapak, Koyok, ubat sakit gigi Cap Gigi Geraham, air Cap Badak dan sebagainya adalah menjadi alternatif utama pada waktu itu selain pilihan kedua iaitu klinik mahupun hospital kerajaan.


Yang amat menghairankan biasanya kanak-kanak di zaman dahulu amat serasi dengan ubat-ubatan seperti ini mungkin kerana mereka memahami kesusahan ibu bapa pada waktu itu untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta (tidak banyakpun klinik swasta pada waktu itu) ataupun tahap imunisasi kanak-kanak dahulu lebih tinggi untuk melawan penyakit berbanding dengan sekarang.


Tidak kiralah apakah rawatan perubatan yang diberikan, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memilih kaedah rawatan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing...


Entri kali ini ialah mengenai satu keratan akhbar mengenai ubat Poh Chai Pill yang aku rasa telahpun lama berada di pasaran.
(Sila klik untuk besarkan imej)


Sumber: Berita Harian 31.03.2010


"Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan media hari ini berkata Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sudah menjalankan ujian ke atas beberapa kelompok ubat itu dan mendapati ia tidak mengandungi bahan terlarang berkenaan."


Berbeza dengan di negara jiran:
HSA Singapura sudah mengarahkan panggilbalik ke atas kelompok produk tradisional ''Poh Chai Pills Capsule Form'' ekoran pengesanan phenolphthalein dan sibutramine dalam keluaran itu.


Phenolthalein:
Digunakan sebagai penunjuk asid-bes, pewarna dan laksatif dan sifatnya bertoksik, maka penggunaannya boleh membahayakan kesihatan.


Sibutramine:
Boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pening kepala, sembelit, pedih ulu hati, mulut kering, lemah badan, sakit belakang, cemas, perubahan selera makan, muka menjadi merah, gejala selesema dan kesakitan semasa datang haid.


Terima kasih kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) yang telah sudi untuk menjalankan ujian terhadap ubat-ubatan yang dijual bagi memastikan keselamatan penggunanya terjamin.


Tetapi tertanya juga sendirian adakah setiap negara mempunyai mekanisme atau teknologi yang berbeza di dalam mengesan kehadiran bahan-bahan toksid di dalam ubat-ubatan? Walau bagaimanapun yang lebih membuatkan aku tertanya-tanya ialah:


Jual dahulu baru uji atau uji dahulu baru jual? he.. he..

4 Any comments?:

myQza said...

sampai sekarang aku masih makan pocai kalai kena ber**2. he he he

Unknown said...

ni ubat yg biji2 kecil tu ek?yg telan sekaligus?

Iaryylr said...

ubat yang bertahan lama.. hingga kini masih mewarnai kehidupan...

Catwoman said...

Salam BR....

Sy tak berapa gemar makan ubat2 jika sakit pening. Sy bykkan minum air kosong dan air bali.
Jaga makan minum je.....

:)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'