Di dalam kesibukan membuat persiapan sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang, tiba-tiba terpandanglah pula bekas mengisi kuih ini yang telah lama tersimpan di dalam almari hiasan di rumah. Amat sesuai untuk diisikan dengan biskut-biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti.
Untuk makluman, bekas ini tidaklah kedap udara dan ia hanya sesuai untuk diisikan dengan kuih-muih yang tidak dipengaruhi oleh faktor mudah 'lemau' atau 'masuk angin'.
Sekali pandang seperti bentuk kapal angkasa pun ada, akan memancar-mancar kilatnya apabila tekena pancaran cahaya lampu.
Sesuatu yang menarik mengenai bekas ini ialah ianya adalah pemberian percuma daripada Dutch Lady. Jelas tertera perkataan Dutch Lady di bahagian bawah bekas. Amat menarik jika dapat dikumpul sebanyak 6 biji bagi mencukupkan satu set.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan untuk kuih raya hari ini:
Resepi Kek Kelombin
Bahan-bahannya:
10 biji telur ayam (merahnya)
5 biji telur ayam (putihnya)
1 1/2 gelas besar gula pasir
1 1/2 gelas mentega
2 gelas tepung gandum
2 sudu susu pekat
1 camca baking powder
Sedikit kismis dan vanilla
Cara Membuatnya:
Pukul putih telur, gula dan baking powder. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul sampai cukup kembang.
Mentega dipukul dengan susu hingga naik dan campurkan telur dan sedikit vanilla dan kacau hingga rata. Selepas itu masukkan tepung dan kacau sehingga bersatu.
Adunan itu bolehlah dimasukkan ke dalam acuannya dan dibakar. Ketika kek separuh masak, taburkan kismis ke atasnya. Kemudian bakarlah lagi sehingga masak.
Mentega dipukul dengan susu hingga naik dan campurkan telur dan sedikit vanilla dan kacau hingga rata. Selepas itu masukkan tepung dan kacau sehingga bersatu.
Adunan itu bolehlah dimasukkan ke dalam acuannya dan dibakar. Ketika kek separuh masak, taburkan kismis ke atasnya. Kemudian bakarlah lagi sehingga masak.
Selamat mencuba!
6 Any comments?:
kita pnh tgk bekas mcm ni dulu..skrg ni xtau ada ke x?
huhu~ dulu2. sempat sy tengok bekas nie tyme kecik2 dulu. hehe. skrg teda dha bekas nie~
Wah iya sudah dekat Idul Fitri.... Mohon maaf lahir batin..
Pattern yang macam ni, percuma dari Colgate kami masih menyimpannya.
p/s: pinggan mangkuk arcopal masih ada ke?
huh, dapat kat adik aku kompom pecah
mak aq manyak simpan mangkuk adiah dari susu dumex..huhuhu..aq dolu kuat minom susu,so kira sendiri la suda bpe byk itu mangkuk..
Post a Comment