Hari ini 15 Syawal 1431H kita masih lagi dalam suasana Hari Raya. Tentunya banyak sekali undangan-undangan ke majlis rumah terbuka yang terpaksa dipenuhi terutamanya pada hari esok dan lusa. Puasa sebulan dan berhari rayapun sebulanlah juga..
Kali ini BR hendak tunjukkan sekeping kad ucapan Selamat Hari Raya yang telahpun berusia hampir 55 tahun kepunyaan arwah ayah yang masih tersimpan rapi di dalam album gambarnya.
Lambang bunga padi, tanda berjabat tangan serta keris yang bersilang yang melatari kad ucapan ini adalah menandakan bahawa kad ucapan adalah daripada seorang anggota polis. Difahamkan bahawa kad ucapan ini telah beliau terima daripada seorang rakan setugas di sekitar tahun 1950-an ketika bersama-sama bertugas di Kem Alor Akar, Kuantan, Pahang.
Kualiti kertas kad ucapan ini adalah sama dengan kualiti kertas gambar foto hitam putih pada waktu itu. Secara tidak langsung ini juga telah membuktikan bahawa kad ucapan dengan cetakan gambar peribadi pengirim telahpun lama wujud semenjak dahulu lagi. Agak malang kerana tarikh sebenar kad ucapan ini telah kabur untuk kita mengetahui usia sebenarnya...
Kad ucapan ini menggunakan tulisan jawi sepenuhnya dan disertakan juga dengan bait-bait syair yang indah menggambarkan perasaan si pengirim:
Bukan tak hajat hendak kemari,
Berhari raya barang sehari,
Sebab tak dapat meminta cuti,
Kad sahaja datang menziarahi.
Berhari raya barang sehari,
Sebab tak dapat meminta cuti,
Kad sahaja datang menziarahi.
Makan terminum halal dipinta,
Terkhilaf terbebel dimaafkan serta,
Tunggu pula tidak berjumpa,
Di dalam hati sedikit tak lupa.
Terkhilaf terbebel dimaafkan serta,
Tunggu pula tidak berjumpa,
Di dalam hati sedikit tak lupa.
18 Any comments?:
BR..bestla blog BR ni..tetiba feel macam kanak-kanak semula..hihihi
bagusnye blog ni..menerjah ke zaman silam..kad raya ni spesel la...i like!
pecah kaca pecah gelas..
sudah baca harap balas.. hehe..
wah! kagum...xpenah tgok pun..
org dulu2 ni kan klasik..hehe
p/s: tulisannya kelabu..tak nampak..hrp tuan rumah boleh edit smula naa..just kongsi..
ingatkan kad raya tentera tadi.....
sebab lambang pokok padi dan keris tu hampir2 nak sama dgn barang kepunyaan arwah abah 20 tahun dulu...
pen merah
pen biru
you marah
i love u
ahaha..
tingat zaman budak2 dulu
klasik dan antik.Bro boleh framekan dan gantung kat dinding bagi anak-cucu bro tengok.Saya confuse kenapa bro baca dari kiri ke kanan bukan ke jawi baca dari kanan ke kiri,dah jadi terbalik pula.
whoa! cool nye still simpan lgi..
seriously have no idea camni rupenye kad raya dolu2
hoho~
BR 2 nikths
eh..eh.. betullah nikths BR dh tersilap baca jawi. t kasih krn terperasan. Skrg dh dibetulkan. Amacam?
fulamak.. i love antique.. hehe
boleh tak seri ambik pantun tu?
wohooo..
zaman tu pon dah ada rupanya..
wah! rasanya kat arkib ada simpan tak kad raya ni?
Salam..BR mesti ada banyak lagi item antik yang belum di paparkan dalam blog ni dan mesti kalau publish mesti bertambah bluess..( ^_^)
berkunjung....
nice blog, good article,
sorry....tak pandai bahasa malaysia ...
BR 2 Wan Janggut
InsyaAllah Wan, selalulah berkunjung ke sini, krn masih banyak lg item2 blues yg menunggu giliran utk dipostkan.
T kasih yg tidak terhingga kepada semua yg telah memberi sokongan kpd blog yg tidak seberapa ini.
browse punya browse... terjumpa blog saudara BR, bila baca mmg byk kenangan indah thn dulu2... gelak sorang pun ada bila baca apa yg do post kat blog nie...
Post a Comment