Sambil membelek album gambar lama di kampung sewaktu pulang berhari raya baru-baru ini, terjumpalah pula dengan gambar ini. Arwah ayah merupakan salah seorang peminat seniwati ini dan tidak hairanlah poskad ini masih lagi tersimpan sebagai kenang-kenangan.
Untuk makluman, gambar ini sebenarnya adalah sekeping poskad yang menunjukkan seniwati Datuk Maria Menado bersama sebuah piala Miss Film Star Malaya 1955 yang diianjurkan oleh St. John Ambulance Association bertempat di Johor Baharu Fun Fair pada tahun 1955. (Berdasarkan catatan pada piala itu).
Datuk Maria Menado (nama asal beliau Liesbet Dotulong) dilahirkan pada 2 Februari 1932, merupakan seorang bintang filem Melayu yang termasyhur antara 1957 dan 1963. Maria Menado berhijrah ke Singapura dan memeluk Islam ketika berusia 19 tahun dan berkahwin dengan promoter tinju dan juga penulis skrip, A Razak Sheikh Ahmad.
Peranannya sebagai puntianak dalam filem "Pontianak", yang merupakan filem seram tempatan yang sulung, memberikannya kemasyhuran dalam dunia filem tempatan pada tahun 1957. Pada tahun itu, beliau digelarkan "Wanita Terjelita Malaya" oleh Times Magazine serta "Wanita Berpakaian Paling Menarik di dalam Asia Tenggara" oleh United Press International, sebuah pertubuhan berita.
Untuk maklumat lanjut mengenai seniwati tersohor ini silalah rujuk: http://ms.wikipedia.org/wiki/Maria_Menado
Kualiti gambar ini agak kurang memuaskan kerana dianggarkan poskad ini telah disimpan semenjak 50 tahun yang lalu. Namun begitu adalah diharapkan agar generasi kini sama ada di kalangan artis mahupun bukan artis supaya lebih mengenali dan menyedari bahawa artis-artis kita dulu-dulu sememangnya hebat...

10 Any comments?:
salam....maaf...rasanya seniwati dato maria menado masih ada lagi...tp kalau benar sudah meninggal dunia harap maaf....
dato maria menado asal dari indonesia ke?nama yg sebenar dia unik btol
Bro, BR, benda ni pun dapat diselamatkan,syabas! memang sukar didapati nie melainkan koleksi peribadi
BR 2 mukh_reez
jutaan maaf kpd mukhreez dan semua pembaca. BR tersilap menaip sebenarnya untuk utk arwah ayah. Kesilapan amat dikesali. -BR
Wah cantik banget nih Datok Maria Manado.. Pasti memiliki kepribadian seorang wanita yang sangat baik sekali... Luar biasa deh.. :)
Tapi untuk menonton Film Horor nya .. Saya ga berani deh.. Pasti serem banget yah... hiiiii
salam sahabat
ehm sebuah isnpirasi dari tokoh yach good luck
Artis zaman dulu lagi diberi pengiktirafan.
sebab, zaman dulu susah nak join industri seni ni..
Salam,
Saya suka lakonan dia...lagi suka senyum dia
nama lama dan nama barunya sempoi lah...
kagumnya.selama ni xtahu pun.huhu
Post a Comment