11 September, 2010

Gas Masak Meletup Lagi...


Hasrat tiga rakyat Bangladesh untuk memasak juadah berbuka puasa tidak kesampaian apabila tong gas yang digunakan tiba-tiba meletup di rumah sewa mereka di Taman Iping, Batu Maung, Pulau Pinang. Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, semua mereka yang merupakan pekerja sebuah kilang di sini cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).


Menurut rakan mangsa, Mohamad Anwar Abdul Rahman, 31, kejadian berlaku ketika ketiga-tiga mereka sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. "Ketika sibuk memasak secara tiba-tiba gas meletup lalu menyambar ketiga-tiga mereka dan apabila menyedari kejadian itu saya terus meminta pertolongan jiran."


Eloklah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini supaya lebih berhati-hati dan berwaspada selalu ketika berurusan dengan gas memasak ini. Semoga tiada kejadian yang tidak diingini
berlaku. Ini bukanlah kejadian yang pertama berlaku dan BR pernah pun membuat posting mengenai gas masak meletup ini suatu masa dahulu http://bluesriders.blogspot.com/2010/02/untuk-surirumah.html


2 Any comments?:

CgMas said...

Terima kasih sekali lagi.. Ada tip nak tau kebocoran tong gas memasak di rumah?

IlyTrolak said...

Macam biasa, kerap adakan pemeriksaan salur gas dengan menggunakan buih sabun

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'