01 September, 2010

HP Sauce


HP sauce ialah satu lagi jenama sos yang cukup terkenal suatu masa dahulu. Tidak pasti lagi sama ada jenama sos ini masih berada di pasaran kita sekarang, walau bagaimanapun sama-samalah kita mengenali sos ini dengan lebih dekat lagi terutama bagi mereka yang tidak pernah mengenalinya. Harganya di pasaran Malaysia pada waktu itu bolehlah dianggap mahal iaitu belasan ringgit bagi sebotol sos seberat 255g ini. Mungkin ianya digunakan oleh golongan tertentu sahaja dan digunakan untuk masakan dan makanan yang tertentu sahaja...



HP Sauce is a popular brown sauce by HP Foods, now produced by H.J. Heinz in Elst, the Netherlands.

It is the most well-known brand of brown sauce in the United Kingdom and Canada as well as the best selling, with 71% of the UK market.

HP Sauce has a malt vinegar base, blended with tomato, dates, tamarind extract, sweetener and spices. It is noteable for being one of the few sauces using tamarind.

It usually is used as an adjunct to hot or cold savoury food, or as an ingredient in soups or stews.

Untuk maklumat lanjut bolehlah dirujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/HP_Sauce



Dikeluarkan oleh: HP Foods Limited, Market Harborough, Leics, England. Jika di Malaysia HP Sauce ini diimpot oleh Golden Blaze Agencies Sdn. Bhd. Petaling Jaya Selangor. Manakala di Singapura ianya diimpot oleh Britannia Brands (S) PTE. LTD.



Jelas tertulis berbagai bahan yang digunakan iaitu: cuka, tomato, kurma, gula putih, kismis, sirap gula, garam, tepung kanji (modified), tepung gandum hitam, asam jawa, rempah-rempah, sos soya, tepung soya tidak berlemak, mustard, pati bawang dan serbuk perasa.



HP Sauce ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada 'By Appointment To Her Majesty The Queen Manufactures Of HP Sauces' yang mana telah diketahui hanya produk yang berkualiti sahaja yang layak untuk mendapatkan pengiktirafan ini. Sayugia dimaklumkan bahawa HP Sauce ini tiada pula ternampak logo halal pada labelnya...



Tarikh luput penggunaanya ialah pada 10.05.1996 dan ini bererti telah 14 tahun botol sos yang belum digunakan ini BR simpankan untuk tatapan kita semua.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan untuk juadah berbuka hari ini:


Resepi Sambal Pecal Jawa Moden


Bahan-bahannya:


25 tangkai cili kering
20 sen udang kering
20 ulas bawang merah (kecil)
1 batang serai
10 sen asam jawa
10 biji cabai
seinci halia
sedikit belacan
tiga ulas bawang putih
1/2 kati kacang tanah
sedikit ajinomoto
satu cawan minyak masak
sedikit garam dan gula pasir


Cara Membuatnya:


Kacang tanah digoreng tidak pakai minyak, buang kulitnya, digiling tiga suku halus.

Cili kering direndam dengan air panas dan digiling halus. Bawang dan serai dipotong halus. Udang kering juga digiling.
Halia dan belacan digoreng dengan dengan minyak hingga kering.

Setelah siap, kacang tanah yang sudah digiling, campurkan dengan cili giling serta bawang, serai, halia dan belacan digaul rata-rata.

Bubuh gula, air asam jawa, garam secukup rasa, sedikit ajinomoto seelok-elok bancuhan.


*Nilai sen bagi harga bahan-bahan di atas adalah berdasarkan tahun resepi ini dikeluarkan iaitu pada tahun 1977. Pengalaman pembaca diperlukan untuk menukarkan nilai tersebut kepada nilai semasa.


Selamat mencuba!


9 Any comments?:

Alan said...

saya pernah lihat sos ini dahulu..rasanya masih ada..cuma mungkin perlu dapatkan dipasaraya besar sahaja.

-haLi3isa a.k.a L3ha, MY- said...

lamanya dha sos tu~ huhuhu. ish3. tak perasan la ada sos tu. yelah tyme 1996 tu masi darjah 1. hehehe~

syariza09 said...

botol sos ni pon unik, berbeza ngan botol sos biasa

Faizal-Aviate said...

salam, ape yg sy nampak sos ni ada lambang sejelas2nya lambang freemason(lihat dua ekor kuda pada lambang)....sila alert benda2 ni utk kesejahteraan umat islam.

iaryylr said...

saya tidak perasan akan sos ini, mungkin pertama kali melihatnya kut...

Langit Pertama said...

Penah tgk sos ni. Ayah ada guna time kecik2 dulu.
La ni takde nmpak kat kedai. Maybe pamer kat Imported Goods kot...

Che Armster said...

rare gila sos ni... dah lama tak nampak

aima said...

patut la mahal sos ini, mcm2 da bhnnya...

ikebal said...

ari tu tem nk beli barang raye ade nmpak sos ni.bentuk botol same..tapi penutup die ngan packaging die lain dh hehe

@Faizal-Aviate: kude unicorn ngan singe la.yg tu jata/royal coat of arms UK.

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Royal_Coat_of_Arms_of_the_United_Kingdom.svg

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'