23 September, 2010

Tin Biskut Berkaca Zaman Dulu-dulu...


Sewaktu kanak-kanak dahulu, pergi ke kedai terutamanya ke kedai runcit adalah merupakan salah satu tugas utama yang perlu dilakukan sebagai salah satu tugas membantu ibu bapa. Masih terbayang lagi apabila emak menyuruh ke kedai membeli minyak masak ataupun minyak tanah, terkontang-kantinglah berjalan ke kedai dengan membawa sebiji botol '1 kati' lusuh yang mulutnya diikat dengan seutas tali...


Hari ini BR hendak bercerita mengenai tin biskut yang terdapat di kedai-kedai pada tahun 1970-an. Pada waktu itu belum ada lagi biskut-biskut yang dijual secara packing seperti sekarang dan jika ada pun, tentulah mahal harganya. Biskut-biskut yang dijual di dalam tin ini boleh dibeli secara 'timbang kati' dan diisikan di dalam kertas surat khabar berbentuk sampul.


Walaupun pada hari ini masih kedapatan lagi biskut-biskut yang dijual di dalam tin seperti ini, namun ianya tidaklah sama dengan tin biskut lama ini.


Di bahagian hadapan diletakkan cermin lutsinar supaya pelanggan mudah untuk melihat apakah isi di dalamnya. Pada tin-tin biskut sekarang, kaca atau cermin lutsinar ini telah digantikan dengan plastik lutsinar.


Pandangan di bahagian dalam tin yang luas dan boleh diisikan dengan beberapa kati biskut.


Asalnya adalah daripada tin minyak tanah ataupun tin minyak masak yang telah diubah suai. Kelihatan kesan sealed pada mulut tin yang asal.


Tudungnya yang kemas dan diperbuat daripada tin juga, dijamin kedap udara. Pada tin-tin biskut sekarang, tudung ini telah digantikan dengan tudung plastik.


Apakah yang biasanya diisikan di dalam tin biskut ini?




Biskut Gula atau orang kampung BR panggil 'Roti Asan'. Sewaktu kanak-kanak dahulu, seperti mana kuih samperit juga, BR hanya makan gulanya yang berwarna-warni itu sahaja manakala biskutnya akan dibuang. He.. he..




Biskut Jari atau 'Roti Jari'. Biskut ini adalah pilihan utama kanak-kanak pada masa itu kerana sewaktu memakan biskut ini, bolehlah digayakan seolah-seolah sedang menghisap rokok. He.. he..




Kacang goreng masin. Pada waktu itu belum ada lagi kacang goreng yang dijual di dalam bungkusan seperti sekarang. Kalau tidak silap kuantiti kacang goreng yang sebanyak BR tunjukkan ini berharga 30 sen pada waktu itu.


Ada kenangan yang tersendiri apabila kita melihat kembali tin biskut lama ini. Terkenang kembali di zaman kanak-kanak dan kedai runcit yang selalu kita kunjungi hanya untuk membeli gula-gula 3 biji 5 sen... Di tempat BR dahulu ada sebuah kedai runcit bernama 'Tuck Heng' (nama rasmi di atas pintu kedai) tetapi di kalangan orang kampung lebih mengenalinya sebagai 'Kedai Toceng'. Di kedai inilah selalunya BR shopping semasa kanak-kanak dahulu.


Anda pula bagaimana? Adakah kenangan kita serupa...

37 Any comments?:

paDel said...

wohhh....nostalgia nie...saye kecik2 dlu tinggal kt umah kedai..sebab arwah ayah meniaga runcit..suke sangat ngn beskot eskrem tu...die simpan dalam tin macam ni laa...huuu..teringat zaman kanak2

a d r e y n i e e l i s y a said...

tin tu slalu org kg sini pakai bagi mkanan kering msa knduri kawen.. tp tutup dia lain sikit..
huhuhuh

Abd Karim MJ said...

wih.. sedapnyer biskut aiskrim tu... tapi sekarang susah na jumpa kan.. kalau ada pon dah tak sama...

Alan said...

dulu ada juga orang pakai balang kaca besau. penutup dia pakai tin juga..rumah saya ada satu.

Shariff64 said...

salam BR..nostalgia zaman kanak2 memang mengusik jiwa kita..Skrg nak beli tin nie pun apek2 tu nak jual..katanya ini balang banyak lama hohhh..,manyak susah mau cari hohhh.

AngahSayang2314 said...

wah best tue...masih ada simpan lagi khazanahnyer kan???

M a W a D D a H said...

biskut gula tu adah panggil biskut cotek...hehe

Sumijelly said...

wah..lama tak tgk tin mcm tu kan??
dulu memang pernah nampak..skrg mkin pupus la...

suka makan biskut yg ada aising atas tu.. makan tu jer, biskut tinggal bagi mak..

skrg bila anak makan mcm tu, dia pun buat balik mcm tu...hahahaha

teringat lak zaman kecik2 dulu...

Sumijelly.com

Iera said...

biskut asam tu msih ada jual lg kat kedai runcit kat rumah kak..anak kak pun suka biskut tu..

noor afzan said...

suka biskut2 tu dulu..

mizz sue said...

wahh...biskut fevret saya..

http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/cara-cara-mengorat-zaman-dulu-dulu.html

SYANI said...

dulu kecik2 suka beli biskut kapal,biskut telur & biskut bantal... nostalgia sungguh!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ada 1 lagi..

roti kapai terbang...memang sedapppp...

NEW N3

ADA APA DENGAN 10-10-10

Rasli Jaafar said...

dulu selalu gak beli biskut "Marie" dalam tin ni..

Rezza said...

owh byk kenangan tin tu..dulu boleh beli biskut tu 20/30/50 sen.lepas tu tokey tu bungkus dalam kertas buat cam kelongsong he3..

Seri Bahasa said...

paling sedap roti kapal tp dah tak ada jual sekarang.

Hazwani said...

Part buang biskut lepas makan gula warna-warni tu memang sama. hihi.. kesian ayah penin kepala tgk biskut dibuang2.

safrudin said...

Jadi lapar nich

Sukadi said...

biskuitnya nampak nikmat sekali... :)
terimakasih

Solihin Zubir said...

perrghhh... roti jari n roti asan tu feveret woo masa tecik2..
roti asan tu makan yg gula tu je.. hahaha..

maisyah said...

wah..da lama sudah x tengok tin2 ni tau..
rumah d kampung pun da renovate ckit abis sudah barang2 lama ni d buang..
boleh hantar muzium ka..?

jago said...

Jadi ingat masa kecil, saat lihat kue samperit, kalau di daerah saya kue itu namanya kue kancing...

Nur Hawa Mohd Zin said...

dulu selalu beli biskut butang warna-warni tu...hehe..makan yg manis jerk..biskut tak

RuSh D said...

dh lama x mkn biskut gula tue..
slalo mkn masa tadika..
lama x nampak biskut tue,.

BezBuddy said...

rindu biskut masjid...hehehe

Saffanah Mahadami said...

biskut gula tu memang favourite la, macam biskut rasmi zaman dulu!! :D memang attack gula dia je !! Very nostalgic!

FATIN SYAFIQA said...

hahahaha. tu lah, bila igt yg makan 'roti asan' tu...rasa cam nak gelak je
makan yg atas, rotinya dibuang. wah! serius rindu zaman budak dulu~

Faril said...

kalo di tempatku,,jadi tempat kerupuk biasanya...
sekarang udah jarang ada ya?!kalah sama plastik

Rahimah said...

eeii..teringat zaman kanak2 dulu..besh besh

Faril said...

kalo di tempatku seringnya jadi wadah kerupuk..
sekarang udah jarang banget ditemukan..kalah sama wadah dari plastik

Cute MuM said...

nak tanya.. ada tak jumpa lagi biskut kapal terbang @ burung?? rase2 tau xyang mana?? dah penat cari biskut tue... xdapat masa mengidam hari tue.. skrg air liur my doter asyik meleleh jer... kesian die...

Monalea said...

lamanya tak tengok biskut gula ni....suka makan ni dulu2x.tapi makan gulanya je.

Blues Riders said...

BR 2 Cute MuM:
Biskut kapal terbang @ burung mcmana rupanya? Klau tahu mcmana rupanya blehlah BR cuba usahakan cari. Klau biskut kapal @ 'roti kapal' mmg ada, bntuk bulat mcm papadom, keras. Kesian kat doter tu...

ayin~weeweet said...

mak ai.antiknya tin.agak2 jual brapa ek?hehe

ni makanan2 old skul ni kan.

Ct SoLeHa said...

ade lagik kedai jual biskut dlm tin 2..tp mmg suka giler biskot aiskrim 2..sampai sekarang makan~~ hehe

Cute MuM said...

tak tau nak describe camner... tapi biskut tue lebih kurang macam bentuk burung.. warna coklat merah2.. padas2 sikit...

imish66 said...

satu lagi biskut akag nyok..........

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'