04 November, 2010

Beg Uncang Camel


Camel ialah salah satu jenama rokok cap unta yang cukup popular dari dahulu dan masih mampu bertahan sehingga kini. Rokok Camel yang cukup dikenali ialah 'Camel Pendek' iaitu rokok Camel yang tidak berpenapis dan pendek seperti rokok jenama Lucky Strike.


Adalah dipercayai kemunculan rokok Camel ini bermula semenjak tahun 1920-an lagi melalui pengasasnya iaitu Richard Joshua Reynolds melalui RJ Reynolds Tobacco Company.


Materialnya adalah daripada bahan seperti plastik yang rain proof. Berbentuk seperti uncang dan boleh disandang untuk menunjukkan gaya yang santai dan bersahaja.


Amat sesuai untuk kegunaan perantau bagi melengkapkan gaya musafir berkelana.


Beg ini tidaklah sebesar mana, cukup sekadar diisikan dengan beberapa helai persalinan semasa di perantauan sesuai dengan gaya unta yang lasak. Di samping itu dapat juga mempromosikan jenama rokok Camel ini...


Tidak dapat dipastikan pula bila dan bagaimanakah beg ini BR perolehi sama ada dibeli atau dihadiahkan oleh syarikat rokok Camel kerana masanya telah terlalu lama untuk diingati kembali. Beberapa hadiah pemberian Camel seperti pemetik api dan rantai kunci turut disimpan tetapi sayangnya telah hilang ditelan waktu...

Kepada pembaca yang mempunyai maklumat bolehlah dikongsikan bersama.


Amaran: Merokok Membahayakan Kesihatan!


1 Any comments?:

Iaryylr said...

Bro, perihal beg uncang ini ana tidak tahu, tetapi tampak klasik, kali pertama melihatnya disini, nak kena cari juga nie set berkelana yang hilang itu, syabas bro! barang unik ini memang bernostalgia!

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'