Di kesempatan ini BR ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2010M bersamaan dengan 1431H kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

Kelihatan juga ambulan disediakan di pelabuhan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Adalah dianggarkan seramai 3,000 orang telah hadir di dermaga bagi mengucapkan selamat tinggal kepada bakal-bakal jemaah haji yang akan berlepas. Selain daripada itu dapatlah juga kita melihat fesyen pakaian yang diguna pada zaman tersebut... He.. he..
"Tradisi menghantar bakal-bakal haji ini sebenarnya merupakan satu kecenderungan kepada kebanyakan orang. Selain daripada beberapa buah bas rombongan dari kebanyakan negeri-negeri di Malaysia Barat ini, kakitangan pejabat dan murid-murid sekolah juga cenderung meminta cuti semata-mata untuk menghantar saudara mereka belayar ke Mekah."
"Mereka juga berbekal dan berkhemah di kawasan pelabuhan. Kesesakan di dermaga bertambah sibuk dan kalut dengan ramainya anggota-anggota keselamatan yang berjaga-jaga di setiap ela dan di merata-rata di celah-celah manusia yang berasak-asak itu."
"Kita tidak boleh menyekat kecenderungan orang ramai untuk menghantar saudara-mara mereka di saat-saat akhir berpisah yang belum tentu akan bertemu kembali itu."

BR sendiripun pernah mengikuti rombongan menghantar nenek ke Tanah Suci pada tahun 1973 dahulu tetapi di Pelabuhan Pulau Pinang walaupun terpaksa berpanas dan berasak-asak. Masih diingat kapal haji tersebut bertolak pada waktu malam tetapi di pagi-pagi hari lagi kami sudahpun berada di dermaga pelabuhan.
Tidak ramai di antara kita yang dapat merasai pengalaman itu, masih terbayang lagi laungan azan yang berkumandang sebaik sahaja kapal mula bergerak... sungguh sayu walaupun pada waktu itu BR masih lagi kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa...
7 Any comments?:
salam sahabat
selamat idul adha juga ya.semoga hikmah dan berlah kita dapatkan
wah ini cerita aidiladha yang paling best hehe
Salam
Selamat idul adha kawan...
Salam kawan
insaf sebentar :)
tertarik dgn tulisan kuning tu...tersirat dan tersurat...tokan terpaksa ubah plan majlis korban keluarga dikampung sbb permohonan cuti x d luluskan hu hu....nk cuti sorang2 ksian kawan2 kat tmpt kerja...nasib baik sabtu ni sempat lagi buat korban
salam Yob Rider, wahh citer lama, nostalgia betoi! Dalam blog Yong ada gambor jemaah haji tahun 1953 dari National Georgaphy! Sudi lawat blog akak tapi mostly tentng kembara!
Bro BR, Pengalaman Menarik tu!
Post a Comment