05 November, 2010

Mug Yeo's


Apabila berkunjung ke blog rakan iaitu Bro nikths - jom kumpul terpandanglah mug Yeo's yang cantik ini tetapi dalam keadaan yang menyedihkan akibat malang yang menimpa. Maka teringatlah bahawa BR pun memilikinya satu. Menurut Bro nikths, mug Yeo's ini adalah keluaran tak silap tahun 2000/2001.


Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.


Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron dan phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lecithin.

Kacang soya boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.


Ikon kacang soya yang comel tercetak di bibir mug inilah yang sungguh memikat hati...

Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.


Kacang soya sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian. Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.


"Taste the rich goodness of soy with our high quality soya bean milk that is preservative-free and with no colouring. Our soy milk is only produced from the highest quality of 100% non-Genetically Modified Organisme (GMO) Canadian soybeans that are quality certified by the CSEA."


Sejarah Yeo's:

YEO HIAP SENG Malaysia's proud history began in Amoy, China where a soya sauce factory was set up in the year 1900. The initiative of the founder of the Yeo clan, Yeo Kheng Lian, was brought to Asia in 1937 when the family migrated to Singapore to start up a sauce plant...

Untuk maklumat lanjut bolehlah ke: YEO'S - HISTORY

7 Any comments?:

Pak Haji said...

Mmg cun mug ni...dari dulu lagi saya mengunakan nya sebagai favourite mug bila saja nak minum...sekarang sebagai favourite collection pulak..masih ada lagi N.O.S punya kalau nasib baik..

iaryylr said...

Bro, sungguh menarik, koleksi menarik!

Power Impian said...

kalau 2000/2001 memang oldskul gile la mug ni..masih disimpan dengan rapi..rare btol..huhu

nikths said...

salam BR..ya memang menyedihkan,2 biji pulak tu.Satu hancur terus dan 1 lagi patah tangkainya.Saya dah gam gajah mug2 tu tapi yang hancur terus tu dah tak nampak rupa mug layaknya,yg patah tangkai pulak sompek2 kecil tak dapat tampal.Biar saya simpan buat kenangan sendiri nak display tak sampai hati pulak.

nowasheeda said...

suke.. =p

Insan Marhaen said...

terasa nak simpan koleksi mug Ali Cafe IM untuk anak cucu nanti...

ekmal said...

aku ade mug ni! hehehe :)

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'