Setelah kita dihidangkan dengan
Gelas Sunquick Emboss, kini tibalah masanya pula untuk kita melihat
Gelas Sunquick Bontot Emboss (meminjam kata-kata Bro nikhts) He.. he..

Gelas Sunquick ini agak simple dan berketinggian kira-kira 9 cm sahaja. Berkaca jernih dan berkualiti tetapi tidak dipastikan pula bilakah tahun ianya dikeluarkan.

Sekali pandang memang kita tidak terperasan bahawa ini adalah gelas Sunquick kerana tiada sebarang logo atau cetakan nama Sunquick pada badan gelas seperti kebiasaannya pada gelas-gelas Sunquick.

Mempunyai corak timbul seperti kulit cempedak mungkin rasionalnya supaya tidak licin apabila dipegang terutamanya bagi kanak-kanak.

Logo Sunquick sebenarnya berada di bawah gelas atau bontot gelas dan memang menarik... He.. he..
7 Any comments?:
nak pnjam jap arrr~~leh ka???hahahaha
AKU TRY LA NAK NYANYI PLAK
ya bro BR.Sama dengan botol sunquick sekarang ada chop/logo emboss pd bontot siap tulis CORO FOOD.
Bro, memang cun! klasik gitu!
nie kalo wat air milo pon sedap.. pakai gelas nie
da lama x tgk gelas nie..hihihii
yg ni sy ade lg!!!!!!!!!!!!!! ye ndy ade simpan lg gelas ni!!!!!!!! n maseh gune huhuhuhuhu
old skool gelas nih..
ana belom lahir pun die ade dah pe????hihi
Post a Comment