"Boleh.. sikit saja tau..." Itulah antara dialog sepasang kanak-kanak sekolah yang cukup popular di sekitar tahun 1980-an berdasarkan pengaruh iklan Ribena di kaca televisyen pada waktu itu. Minuman Ribena yang mula diperkenalkan pada tahun 1930-an ini merupakan minuman blackcurrant yang sungguh terkenal dari dahulu sehinggalah sekarang sebagai "sumber vitamin C" dengan berbagai perisa.
Minuman Ribena ini adalah minuman vitamin C buah blackcurrant campur jus oren asli dan vitamin tambahan. Harganya pada waktu itu ialah RM9.50 bagi botol 1 liter ini, tetapi 'diskaun' sebanyak RM2.00 telah diberikan menjadikan harganya cuma RM7.50 sahaja.
Ayat turun-temurun oleh Ribena iaitu "Tanpa pewarna, perisa atau pemanis tiruan" sentiasa tertulis pada label hadapannya. Tetapi apabila dibaca pada kandungan bahan-bahan di label belakangnya, tercatatlah pula "Tidak kurang dari 82/100g warna semulajadi, perisa dan bahan pengawet yang diluluskan" He.. he..
Berdasarkan tarikh luput yang tercetak pada label botol ini iaitu 25.04.89, adalah dipercayai botol ini telahpun berusia kira-kira 21 tahun. Dibuat oleh Beecham Products (F.E.) Sdn. Bhd. Jalan Bersatu, 46200 Petaling Jaya, di bawah lesen daripada Beecham Products, Brentford, England.
Menurut Maria Tengku Sabri, Ribena ini memang enak jika ditambah susu menjadikan ia 'Ribena Bandung' dan boleh juga ditambah laici atau cincau. Cubalah...
Di bahagian bawah botol juga terdapat cetakan Ribena Registered Trade Mark menunjukkan bahawa botol ini adalah benar-benar botol keluaran Ribena.
Cetakan corak daun dan jenama Ribena emboss pada botol yang telah menjadi trade mark pada botol Ribena sejak dahulu lagi.
Untuk pengetahuan, setelah dibelek-belek dan diperhatikan dengan terperinci, adalah didapati bahawa tiada sebarang cetakan logo halal pada botol Ribena yang telah ditunjukkan ini. Mungkin juga kerana pada 20 tahun yang lalu peraturan mempamerkan logo halal ini belum lagi dikuatkuasakan...
Tetapi baru-baru ini heboh juga mengenai produk Ribena ini yang diragui status halalnya. Untuk itu, bagi pembaca yang masih meragui status halal pada produk Ribena ini bolehlah merujuk kepada: http://www.halal.gov.my/
7 Any comments?:
Tapi aku pernah terbaca, Ribena ni ada kandungan alkohol.. Wallahuaklam..
salam bro...isu halal ribena ni dah lama iaitu tahun 2007.Sebenarnya isu ni terjadi di UK dan di US sebab ribena disana dimasukkan kurang dari 0.1% alkohol seperti mana minuman lucozade.Semua komuniti islam boikot hingga company tarik balik produk dan tukar label sebab tak declare alkohol kat botol walaupun kandungan sangat sedikit.Semua Ribena Malaysia dikilangkan di Malaysia.
bro nikths,
terima kasih atas info yg diberi.
salam sahabat
hehehe saye minta sikit xixixi kok botolnya ada yang jungkir balik .good luck
memang mengimbau nostalgia :)
iklan dulu2 takde " kelas kau maria"
hehehe
mesti berat botol ni..
patotla x pernah tngok botol camni..
tahun 89 punya..
Post a Comment