23 November, 2010

Glucolin Glucose-D


Sewaktu BR kanak-kanak dahulu sering juga dibawa emak untuk melawat orang sakit tidak kiralah sama ada saudara mara jauh atau dekat mahupun jiran-jiran bersebelahan.

Biasalah orang-orang dulu-dulu apabila sakit mana mahunya ke hospital, alasan yang biasa didengar ialah "takut" ataupun alasan yang lebih sadis lagi ialah "Biarlah.., kalau aku nak mati pun biarlah di rumah sendiri..." hu.. hu.. hu..

Biasanya pesakit akan terlantar di atas tilam bujang yang disediakan khas di satu sudut di dalam rumah lengkap dengan peralatan seperti termos air panas, gelas, ubat-ubatan, 'ketoq' (sejenis bekas ayan yang digunakan untuk meludah ataupun membuang air kecil) tuala dan sebagainya yang diletakkan di penjuru tilam. Tidak dilupakan juga tin Glucolin ini.


Pernah juga kehairanan dan tertanya-tanya apakah gunanya Glucolin ini dan bagaimanakah isinya dan rasanya? Mengapa ia selalu digunakan oleh orang sakit? Persoalan-persoalan tersebut terus tertinggal tanpa jawapan sehinggalah BR meningkat dewasa baharulah memahami apakah gunanya Glucolin ini...

High grade powdered medicinal glucose reinforced with "Ostelin" vitamin D and compounds of calcium and phosphorus. may be taken freely, in place of sugar, by children and adults. Glucolin supplies the most rapidly assimilable form of nourishment and energy. Under physician's instructions for feverish illnesses, acidosis, wasting illnesses, anorexia, cardiac disease, anaesthesia and surgical shock.


Glucolin supplies:

(a) Medicinal glucose, i.e., immediately available nourishment and energy.

(b) Calcium and phosphorus, i.e., nourishment and control for the nervous system.

(c) Vitamin D to ensure assimilation of these elements.


Glucolin may be taken in place of sugar or with any foods or drinks to which sugar is ordinarily added. Glucolin supplies the most rapidly assimilable form of nourishment and energy. It is a natural nutrient tonic.

Dosage: Debility and strain, malnutrition, anorexia, convalescence, one large dessert spoonful two or three times a day. Patients with acidosis, bilious attacks, febrile illness or cardiac disease may require larger quantities. Glucolin is not intended for injection.


Juga terdapat penerangan di dalam Bahasa Cina mengenai kegunaan Glucolin ini.


Pandangan dari atas, pada penutupnya tertulis nama pengeluarnya iaitu Glaxo.


For patients on a low fat ration, e.g., with acidosis, Glucolin makes good the components in which the diet is deficient.

Dibuat oleh Glaxo-Allenburys (Malaysia) Ltd., Petaling Jaya, Malaya. Entah tahun bila ianya dikeluarkan pun BR tak tahu...


Sedikit cerita mengenai gula:

Biasanya gula hanya dikaitkan dengan penyebab pelbagai jenis penyakit terutama diabetes. Namun tidak ramai yang mengetahui gula juga mempunyai manfaat tersendiri. Bukan dari segi penggunaan dalam makanan atau minuman, kerana jika terlebih kandungan, ia pasti memudaratkan.

Perlu diingat, gula tidak mengandungi vitamin, serat dan hanya mengandungi sejumlah kecil mineral.

Kandungan kalori pula cukup banyak, sekitar 394 kkal dalam 100 gram bahan. Boleh dikatakan gula langsung tiada nutrisi kerana semua bahan yang bernilai seperti vitamin, mineral dan sebagainya hilang selama proses penghasilan gula putih.

Dalam dunia kecantikan, penggunaan gula telah lama dipraktikkan masyarakat dahulu kala sebagai salah satu rawatan alami. Gula boleh diolah menjadi aneka produk kecantikan khususnya untuk melembutkan kulit. Dikatakan ia mengandungi zat pelembut yang mampu menghilangkan sel-sel kulit mati.

Masyarakat Romania misalnya menggunakan campuran madu, gula dan susu untuk merawat kulit. Caranya adalah dengan mencampurkan bahan tadi dan kemudian ia dilumur pada tubuh. Selepas kering ia disental lalu dibilas dengan air.

Wanita Mesir purba pula menggunakan campuran gula organik dan lemon untuk dijadikan penyental bagi mendapatkan kulit yang halus dan putih.

Dalam perubatan Cina pula, gula batu banyak dicampur dalam minuman herba yang baik untuk kesihatan. Ia dikatakan bermanfaat membantu membuang panas badan dan juga melegakan batuk serta kahak.

Cubalah sendiri, pasti anda menyedari manfaat gula dalam kehidupan sehari!

Sumber Artikel: Mingguan Malaysia 21.11.2010


14 Any comments?:

Liquid said...

hee abg sy slalu minum mase training polis dulu, tp yg baru lah, yg ade perasa blueberry hee

HatiWanitaItu said...

salam..sedikit perkongsian..dulu glukolin ni jd makanan ruji sy menggantikan nasi..alkisahnya ms tu sy disahkan kena barah hati (sebab tu la kot smpi skrg xde kekasih hati..hati dah hancur)...hehe..sorg doktor HUSM mintak sy amalkan glukolin ni beberapa sudu sehari..alhamdulillah dgn pertolongan ALLAH..hari sy nk ditolak ke OT..dr sahkan penyakit sy dah makin pulih...syukur alhamdulillah...smpi skrg sy boleh menikmati nikmat ALLAH berikan pd sy...

Cik Melor said...

salam perkenalan ya nama ku melor. nice blog

Alan said...

benda ni ada lagi kan..rasanya corak tinpun masih sama..tak pernah minum sebab tak sedap hehee.

aien said...

tak pernah minum. tp kawan ckp elok utk tambah tenaga kalo kita jenis yg aktif.. taktau betul tak. hehe

ghost said...

yang nih lau tak silap masih ada lagi kat umah kat kg.owh ya lau bisk ada brg2 lama leh show kat bro ok.

cik FIFFY said...

dulu2 tak suke minum glucose, skrg da besa2 baru teringin nak minum plak. aduii

Cheqna said...

oh..lama tak tengok tin ni...

:-)

anamizu said...

abg long ana dlu pon suke meratah bende ni ^^

Usagi said...

rasa masa kecik2 dulu slalu minom. skang xpenah nampak da

Amanda Eltiqaz said...

wah...lamanya bekas tu. mak sy nurse. jd msa sy kecik2 slalu dpt bekas ni percuma..hehe. jd ktorng suka sgt minum wlaupun tak sakit =P Budak kecik dpt gula mana tak suka kan ;)

IMANSHAH said...

eh aku dulu masa darah rendah bapak selalu belikan ini

Hairun Azmi said...

Anatara produk popular5 pada suatu masa dahulu..

aNa d'sKoDenG said...

wahh..dulu² kalo bebi salu bagi menum benda neh
sejukkkk jek bila masuk tekak...heheheh
ni bukan 'rasa' masa bebi..tp bila jd kakak bebi..kena watkan utk bebi...curi² masuk tekak..hahahah...nyaman...

tp kalo sekarang...x suker..rasa manis plak, napa dulu x rasa? hahahah

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'