Memang cukup tersentuh hati apabila membaca kisah-kisah mengenai Cerebral Pulsy (CP) ini, kerana itu jugalah BR sediakan satu Label khas di dalam blog ini untuk pesakit Cerebral Pulsy supaya kita lebih menginsafi... Kita ikuti sebuah kisah di Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan ini.
Berikutan penyakit itu, Mohamad Haziq Danial dan Mohamad Hafiq Firdaus, masing-masing berusia satu dan lima tahun hanya mampu baring kerana sebahagian badan mereka lembik, menyebabkan tidak berupaya untuk bangun.
Ibu bapa mereka, Mohd Zamhari Arshid dan Raziah Abdul Rashid, masing-masing berusia 33 tahun, terpaksa membelanjakan kira-kira RM1,000 setiap bulan bagi membiayai kos rawatan penyakit kronik itu.
Mohd Zamhari berkata, dia dan isterinya terpaksa bergilir-gilir menjaga anak yang memerlukan penjagaan rapi.
"Kami juga perlu berulang-alik ke hospital sekali atau dua kali seminggu membuat pemeriksaan kesihatan mereka. Secara keseluruhan kami perlu membelanjakan lebih RM1,000 sebulan bagi anak kami itu."
Mohd Zamhari yang bekerja sendiri berkata, kedua-dua anaknya tidak menunjukkan sebarang masalah ketika lahir, namun perubahan mula berlaku apabila usia mereka mencecah lima bulan.
Katanya, masalah disedari apabila dua anaknya tidak boleh meniarap dan merangkak seperti kanak-kanak sebaya dengan mereka.
"Laporan doktor menyebut paru-paru anak saya tidak kuat dan disebabkan itu, mereka selalu batuk, muntah dan tidak boleh berada dalam suhu terlalu sejuk atau panas kerana boleh membawa masalah kepada kesihatan mereka."
Orang ramai yang bersimpati dan mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya kepada:
Mohd Zamhari
No 3, Persiaran 11, Taman Changkat Lada Raya,
36800 Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Maklumat lanjut mengenai Cerebral Pulsy ini boleh anda ikuti di: Special Education (SpeEd)
Moral Value: "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..."
8 Any comments?:
salam sahabat
ehm jadi tahu saya terharu bacanya thanxs yach,maaf telat
sedihnyerr :)
semoga cepat sembuh....
aminnn
kecik2 da hidup ngn mcm2 dugaan hope cepat sembuh :(
sedihnyaaaaaaaa...
x dpt sumbangkan duit...
sumbangkan doa ja...
semoga family ni tabah hadapi dugaan...mungkin ada rahmat tuhan disebalik kesusahan ni..
semga anak kecik tu cepat sembuh..
untuk pengetahuan, cp bukanlah penyakit dan ia adalah berkaitan dengan kegagalan fungsi saraf dan amat sukar untuk diubati...
kesiannya, Semoga Allah memberi keajaiban kepada keluarga ini. T_T
Post a Comment