TIGERBOND adalah satu lagi produk yang sudah lama berada di pasaran kita dan sudah lama juga tiada di pasaran kita... He.. he..
Dijual di dalam botol seperti botol peluntur Clorox zaman dulu-dulu dan cukup popular di kalangan tukang rumah dan mereka yang bekerja berkaitan dengan pembinaan. Kegunaan yang biasa dilihat ialah sebagai gam pelbagai guna terutamanya sebagai pelekat parkey atau lantai kayu. Berbentuk cecair putih yang pekat dan mempunyai kaedah bancuhan yang tertentu sebelum ianya boleh digunakan.
Berharga RM3.80 pada waktu itu bagi sebotol TIGERBOND ini. Satu produk yang berkualiti dengan jaminan kalis air dan lut sinar.
Masih lagi penuh berisi dan tidak pasti sama ada boleh digunakan lagi atau tidak memandangkan TIGERBOND ini telahpun berusia melebihi 30 tahun.
Labelnya pun sudah lusuh dimamah usia (mereput) sehinggakan beberapa maklumat penting seperti kegunaannya dan cara membancuhnya juga sudah tidak boleh dibaca. Tidak dinyatakan pula berapakah isipadu kandungan bagi botol ini tetapi pada kebiasaannya adalah 1 liter.
TIGERBOND ia a PVA additive which improves the work ability, cohesive and adhesive strenght of screeds and other mortar mixes. It also provides resistance to dilute acids and alkalis and many other chemical solutions. Added to screeds, TIGERBOND increases their tensile strenght and gives them a superfine, completely dustless finish. When used in rendering mixes it eleminates the need for hacking or keying concrete surfaces and
prevents cracking and crazing.
prevents cracking and crazing.
Kepada pembaca yang mengetahui maklumat lanjut mengenai TIGERBOND ini bolehlah berkongsinya bersama-sama.
5 Any comments?:
xpenah tgk le pulak.. time tu sy xlahir lg.. hak2..
wah sayang aku tak tahu tentang maklumat ini sob
Agak-agak boleh guna lagi tak?
cuba BR tuang sikit isi tu.. nak tengok apa isi bentuk dia..
macam baru ambik dari tempat sampah je..
Post a Comment