15 November, 2010

Penyangkut Baju ...Ada lagi!


Setelah kita melihat penyangkut baju di tahun 1950-an, kali ini kita akan melihat pula sebuah penyangkut baju yang agak unik dan lain daripada kebiasaan. Tidak pastilah pula bilakah penyangkut ini mula diperkenalkan tetapi yang pasti penyangkut pakaian jenis ini telahpun pupus dalam penggunaan seharian kita.


Diperbuat daripada kayu dan dawai, berbeza daripada penyangkut baju biasa, pakaian bukannya digantung pada penyangkut tetapi dikepit pada penyangkut. He.. he..


Pengapitnya boleh terbuka dan tertutup melalui dawai penyangkutnya yang juga bertindak sebagai pengunci.


Tiada jenama dan buatan tertentu diberikan cuma terdapat simbol 'Bintang Bercahaya' sebagai trademarknya.


Sesuai untuk menyidai pakaian yang bersaiz kecil memandangkan penyangkut ini hanya berukuran kira-kira 10 inci.


Terdapat pelapik kain lembut (berwarna biru) supaya lebih kemas mengepit pakaian.


Kelebihan penyangkut pakaian daripada kayu ini ialah ia tidak akan berkarat dan tahan lama. Kekurangannya pula ialah ia agak berat jika dibandingkan dengan penyangkut pakaian plastik atau dawai seperti yang biasa kita gunakan.


10 Any comments?:

piewahid said...

mmg nostalgic... kalau tak tengok gambar ni tentu lupa :)

p/s- hanger kayu berbentuk spt hanger moden masih saya ingat.

ainakhani said...

wah 1st time tengok ni !

Nadia Abdullah said...

den pon 1st time tgk..tp kalo skang pon pakai hanger cam nh..mau roboh almari plastik den he3

iaryylr said...

Bro, dulu macam ada nampak ini kat rumah nenek.. syabas bro! mana lagi nak jumpa barang lama yang tak jangka akan disimpan, memang info berguna ni!

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

wah.. dasat

dayah SnoW Heuka said...

awk mbanyak ea brng2 lama.. hee ta kira la ape2 mmg unik.. troskan usaha anda wweee~ :D

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah tak penah tgk penyangkut baju camni.. apapun info yg menarik.. i likee

fatin hanani said...

first time tgk ni :D
dok tgk semua yg bawu ja hehe

blackrosehunter said...

perghh..old skol gle pyngkut bju ni..hehehe

Fiqas said...

tak pernah jumpa hanger cam ni...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'