21 November, 2010

Ramalanku Benar Belaka...


"Apa sudah jadi? Manakan isu halal dan haram ini boleh dibuat sorong-tarik... BR percaya bahawa tunggu dan bersabarlah di dalam masa yang terdekat ini maka akan adalah satu muka surat khas di akhbar-akhbar tempatan kenyataan daripada Syarikat pengeluar produk ini iaitu QBI Packaging Sdn. Bhd. yang akan menyatakan produk jenama QBB Pure Ghee akan kembali menjadi halal... He.. he.."


Itulah antara petikan yang pernah BR tulis pada posting yang lalu di bawah tajuk "Biskut Makmur Blues" bertarikh 08.09.2010. Hanya selepas 77 hari produk QBB ini dikatakan tidak halal, sekarang telah menjadi halal semula. Terima kasih JAKIM.


JAKIM: Minyak sapi QBB disahkan halal, tiada keraguan.

Produk Minyak Sapi QBB sekali lagi disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berikutan penyerahan Sijil Pengesahan Halal JAKIM di sini baru-baru ini.

Wakil QBB, Philip Cheng menerima Sijil Pengesahan Halal JAKIM daripada Saimah Mukhtar di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Berlatar belakangkan pejabat JAKIM untuk lebih meyakinkan).


Sumber: Utusan Malaysia 12.11.2010.
(Sila klik untuk besarkan imej)


Pengarah Q.B.B. (Pte.) Ltd (Q.B.B.), Lim Peck Bin berkata: "Penyerahan Sijil JAKIM ini mengesahkan pendirian kami selama ini - produk Minyak Sapi QBB tidak mengandungi "unsur babi atau terbitannya" dan tidak perlu timbul sebarang keraguan tentang status Halal produk QBB ini."

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM, Saimah Mukhtar, pihaknya telah mendapat kerjasama pihak Q.B.B. untuk memeriksa semula status halalnya, produk minyak sapi ini dengan lebih terperinci.


Sumber: Berita Harian 04.09.2010.
(Sila klik untuk besarkan imej)


JAKIM telah menarik balik Sijil Pengesahan Halal (SPH) QBB pada 26 Ogos 2010, berikutan tuduhan bahawa produk berkenaan mengandungi unsur babi. Lanjutan itu, JAKIM telah melakukan penyiasatan sejak awal tahun 2010. Berdasarkan laporan analisis terbaharu Jabatan Kimia, JAKIM menerima pengesahan bahawa unsur babi atau terbitannya tidak dikesan di dalam produk berkenaan.

Menurut Lim, tuduhan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggung jawab, telah mengelirukan para pengguna dan memberi persepsi negatif terhadap produk QBB.


Tarik balik SPH bulan Ogos 2010, siasatan telah dilakukan sejak awal 2010, November 2010 halal semula.. He.. he..


Isu halal haram ini tidak boleh dipandang ringan dan secara logiknya mana mungkin sebuah syarikat yang telah tersohor dengan produknya boleh menghentikan pengeluarannya semata-mata kerana isu halal haram ini.

Sebelum ini pun memang telah banyak produk seperti ubat gigi, makanan segera, roti dan sebagainya yang telah ditarik balik dan diberikan semula status halalnya oleh JAKIM.

Apa komen Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang suatu ketika dahulu telah menggesa penarikan balik semua produk ini di pasaran serta meminta syarikat terbabit memberikan kerjasama dalam memastikan semua produk mereka ditarik balik dari pasaran...

Selepas ini wajarlah diminta supaya para pengguna agar jangan panik dan hanya menunggu dengan sedikit kesabaran kerana pengumuman halal semula pastinya akan diumumkan semula oleh JAKIM.


Moral Value:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)


*Terima kasih kepada sdr Rizal yang telah membuat pembetulan mengenai gambar yang telah disiarkan pada posting tersebut.


10 Any comments?:

azwa_amani said...

aduhaiii....sekarang nie bertambah banyaklah makanan yg syubhah...patutlah otak masyarakat kita ni makin lembap...slow learner...

Insan Marhaen said...

muga QBB benar-benar halal.

yastro said...

Hmmm...payah kalau mende boleh sorong tarik camni....

mded said...

iklan padlock kat paper tu satu ari nnt akn jd klasik..

zmah said...

Kejab HALAL lepas itu HARAM..lepas tu HALAL..apa nak jadi ni?

nitestalker said...

dah ada yg berani tanggung...insyaAllah Halal... dan kalaupun tak halal tp si penanggung mengesahkan ianya halal... rasanya jelas dan nyata siapa yang bersalah di sini...tetapi jika masih ada keraguan, elok jauhkan... kan dah dipesan, jika timbul ragu2, maka jauhkanlah...

apa yang penting, tegur secara berhemah bukan tegur ikut perasaan dan perasan sendiri...

Nadia Abdullah said...

mcm magic arrr...bln lepas harammm..bln depan halal..ish3..magic tul ler

Hairil Rizal said...

Susah hidup zaman moden ni. Siapa kata makin senang kan?

MOH KEMBARA said...

Salam Adik Blues, so conclusionnyer? Jgn makan nasi minyak guna minyak sapi ke? Makan nasi putih jer lah!

Bee @ honeyvsbee said...

memang jarang guna minyak sapi tu...tp kot termakan masakan orang lain jerr

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'