29 May, 2010

Happy Couple... Kah Kah Kah...


Inilah alat permainan semasa aku kanak-kanak dahulu. Namanya 'Happy Couple' kerana apabila suis ditekan, maka terdengarlah bunyi ketawa yang tidak berhenti-henti sehinggalah suis itu ditekan semula. Sebagai satu nostalgia, aku masih menyimpannya sehingga kini.


Didatangkan di dalam uncang kain berwarna kuning atau hijau. Terlukis gambar sepasang kepala lelaki dan perempuan sedang ketawa dan tertulis perkataan 'Happy Couple' pada uncang tersebut. Malangnya uncang bagi mengisi alat ini telah tewas ditelan masa, dah reput...


Amat sesuai digunakan untuk 'mengusik' rakan-rakan di waktu malam kerana bunyi ketawa yang mengilai tak berhenti-henti itu kadangkala amat menyeramkan terutamanya di waktu malam...


Dibeli pada tahun 1979, rasanya inilah permainan yang paling canggih sedikit pada waktu itu. Kumpul duit raya nak beli ni pun...


Bahagian belakang alat, kelihatan berhampiran skru di atas ialah lubang di mana sebuah motor kecil diletakkan. Di dalamnya pula terdapat sekeping disc kecil berwarna putih seperti piring hitam diputarkan oleh motor tersebut untuk menghasilkan bunyi.


Menggunakan bateri saiz sedang.


Pembesar suara untuk mengeluarkan suara ketawa.


Made in Japan. Memang hebat akal Jepun ni...


13 Any comments?:

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

Seronok yer BR mengusik kengkawan dengan mainan ni yer.

Sweetie masa kecil tak berpeluang mendapat permainan yg canggih, nak kumpul duit raya pun x cukup hehhe. hanya main mainan kg gitu...hehe

Suhana Shahril said...

Tak dapat bayang ghupa nya.Mgkn xdan jumpa kot sbb 1979 pun,chek baru lahir.kekeke..

ILA HonEyBuNNy said...

Wahhh..masih smpn lagi happy couple..heheh

ain nadzirah said...

wahhh..btul eyh ade permainan cam nie...
skunk xde ag ker?

nuriz said...

lamanya mainan tu disimpan, masih elok. kalo letak bateri leh bunyi tak

♥MAMASYAZA♥ said...

tak penah tengok lagi alat mainan camni...mesti bestkan kalo dpt usik kengkawan balik ngaji quran...hehehe

Abu Mansur said...

same gak x pernah tgok permainan nie, ade value nie.

misz benida said...

eh..knpa aku xtau pon sal mainan tu..adkah aku membesar dizmn dragon ball??huhu..
-slm mnjenguk..thnks msuk mnyelam kt blog aku..

Chik chuMeLL said...

wooo..1979!!chik tak lahir lg..1st time tgk permainan ni..

Syue said...

kenapa zaman saya takde haaa happy couple ni? :) dh la comel!

Milimilo said...

gila tahan lasak toy ni.lama gila tahan.fuiyoo.xpenah tau pn psl toy ni.hihi

RaafikJahat said...

BR, banyak betoi khazanah yang disimpan ye.

kalaulah... said...

Happy Couple namanya ya? Baru ni hari tau. thanks for sharing.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'