27 July, 2010

'Pahlawan Kanak-Kanak 1976'


Seorang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Petaling, Musa bin Zainuddin, 10 tahun dari Petaling Jaya, Selangor telah diisytiharkan oleh Majlis Pusat Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia sebagai 'Pahlawan Kanak-Kanak 1976'.


DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada waktu itu iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra telah berkenan menganugerahkan 'Pingat Hang Tuah' kepada pahlawan kecil itu di satu perhimpunan sempena menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia yang berlangsung di Staduim Negara, Kuala Lumpur. Tema perayaan tahun itu ialah 'Mendekati mereka yang sukar dihampiri'.


Musa ialah anak seorang buruh, menerima Pingat Hang Tuah beserta hadiah wang tunai $350.00 berserta sijil penghargaan oleh pihak Lembaga Letrik Negara (LLN) dan menerima anugerah dari syarikat Guiness Stout.


Musa berjaya menerima Pingat Hang Tuah kerana keberaniannya menyelamatkan ibunya serta tiga orang rakan-rakannya daripada korban kejutan elektrik pada 1 September 1975 kira-kira pukul 2.00 petang.


Kronologi Kejadian:

Kejadian itu berlaku apabila tiga orang kanak-kanak adik beradik iaitu Saharah bt. Abdul Aziz 8 tahun, Azizan 6 tahun dan Azahar 5 tahun telah bermain-main di rumah kosong dengan wayar yang mepunyai arus elektrik. Mereka telah terkena kejutan elektrik daripada wayar tersebut dan kejadian itu telah disaksikan oleh adik kecil Musa yang melaporkan kepadanya.


Musa pun berkejar ke tempat itu dan melihat tiga orang adik beradik tadi sedang terbaring dan tidak menyahut penggilannya. Musa segera memanggil ibunya di rumah yang berhampiran tempat kejadian. Ibunya, Puan Rahmah bt. Harun terus memegang wayar tersebut bila melihat kanak-kanak itu sedang bergelimpangan. Dia juga turut mengalami kejutan elektrik dan Musa segera mengambil sebatang kayu dan memukul wayar itu hingga terputus.


Akhirnya keempat-empat mangsa kejutan elektrik itu dapat diselamatkan setelah dirawat di Hospital Universiti, Petaling Jaya.


Mengikut sejarah, Anugerah Pingat Hang Tuah telah diberikan kepada tokoh kanak-kanak negara berdasarkan keberanian istimewa mereka dan penganugerahan Pingat Hang Tuah telah dijadikan acara tetap sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bermula 21 Okt 1960.


Bagi tempoh 1960 hingga 1977, seramai 30 orang kanak-kanak telah dianugerahkan Pingat Hang Tuah sebelum ia ditamatkan kerana ia hanya menumpukan kepada kebolehan fizikal. Ia ditukar kepada Tokoh Kanak-Kanak Kebangsaan pada 1982 yang mengambilkira keistimewaan seseorang kanak-kanak secara menyeluruh meliputi kecemerlangan akademik, kegiatan ko-kurikulum, kepimpinan, motivasi diri dan sahsiah.


Boleh dikatakan semua kanak-kanak pada waktu itu termasuklah BR pernah berangan-angan untuk mendapatkan anugerah ini. He.. he..


Dimanakah Musa bin Zainuddin sekarang?


9 Any comments?:

Kniedaz said...

wah..nak tau juga di mana dia skang..

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR

beraninya Musa kerana ibu dan adik2 sanggup berkorban nyawa menyelamatkan mereka. Sejuk perut ibu mengandung.

tiwi said...

thn '76 aku blm lahir teman,...tapi tnx infonya ya,....salam.

Cheqna said...

apa ye khabar dia sekarang..semoga dia berjaya dalam kehidupannya.

Aku Menulis said...

musa telah meninggal dunia...

Aku Menulis said...

pahlawan Musa telah meninggal dunia pada 2006 (usia 40 thn)kerana sakit.

Blues Riders said...

BR to COLTORAS,

terima kasih atas info yang diberi. dapatlah kiranya diberikan maklumat belangsungkawa mengenai beliau sekiranya diketahui. al fatihah untuk Allahyarham.

Aku Menulis said...

KAMPUNG GAJAH (6 OGOS 2006): “Saya reda dengan pemergiannya tetapi agak terkilan kerana
harapan Allahyarham membina kehidupan baru tidak kesampaian,” kata Syarifah
Zainuddin, 43, kakak kepada bekas penerima anugerah Pingat Hang Tuah 1976, Musa
Zainuddin, 40, yang meninggal dunia, kelmarin.

Syarifah berkata, ini kerana adiknya itu sebelum ini ada dijanjikan bantuan
RM5,000 oleh pihak kerajaan yang bakal digunakan untuk memulakan perniagaan
sendiri.

“Dia dijanjikan bantuan modal RM5,000 untuk membuka perniagaan tetapi hingga
saat dia menghembuskan nafas terakhir tiada langsung berita mengenai bantuan
itu,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Tersusun Changkat Lada,
di sini, semalam.

Musa bekas penerima Pingat Hang Tuah 1976 meninggal dunia kerana demam sejak 10
hari lalu. Dia menghembuskan nafas terakhir jam 3.45 pagi kelmarin.

Syarifah berkata, dia dimaklumkan sebelum ini Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat pernah menyatakan persetujuan memberi bantuan kepada
Musa bagi memulakan perniagaan.

Beliau berkata, bantuan itu akan diberikan berikutan tersiarnya kisah
penderitaan Musa di media massa pada akhir Mac lalu.

Ibunya, Rahman Harun, 61, berkata Musa yang masih bujang dibawa ke klinik
swasta untuk mendapatkan rawatan selepas dia meminta berbuat demikian pagi hari
kejadian.

“Sebelum itu dia enggan berjumpa doktor walaupun beberapa kali dipujuk.

“Bagaimanapun, pagi Jumaat lalu dia beria-ia hendak ke klinik untuk mendapatkan
rawatan dan dengan bantuan jiran, kami pergi ke klinik swasta di Tanjung
Tualang,” katanya.

Rahmah berkata, ketika di klinik doktor menasihatkannya menghantar Musa ke
hospital tetapi anaknya menolak.

Beliau berkata, nasihat doktor terngiang-ngiang di telinganya tetapi apakan
daya Tuhan lebih mengasihinya.

Ibu kepada 10 anak itu berkata, Allahyarham tidak mahu makan sejak demam 10
hari lalu walaupun dihidangkan makanan yang dipesannya tetapi selera makannya
tertutup.

Musa menerima anugerah Pingat Hang Tuah pada 1976 kerana keberaniannya
menyelamatkan mangsa kejutan elektrik di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur
ketika dia berusia 10 tahun.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat Pulau,
jam 11.30 pagi kelmarin.

Anonymous said...

Al-Fatihah,

Ini sahabat saya. kami sama2 bersekolah. sangat baik dan pendiam. Sayangnya, kami telah terpisah selepas sekolah. Sekian lama mencari, rupanya dia telah kembali kepada Pencipata-Nya.

Semoga Allah menganjarkan pahala buat arwah.

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'