17 October, 2010

Anggota Trafik Maut Ketika Iring Ketua Polis Melaka


TANGKAK: Seorang anggota polis trafik yang sedang mengiringi Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf, maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 172.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Tangkak di sini, semalam.



Sumber: Berita Harian 07.10.2010
(Sila klik untuk besarkan imej)

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Lans Koperal Mohammad Shahid Mohd Sham, 46, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superitendan Harun Idris, berkata kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal polis trafik dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke tengah lebuh raya dan merempuh pembahagi jalan.

Rakan setugas mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika mereka menunggang motosikal beriringan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang.

"Selepas arwah terjatuh, pasukan konvoi 17 motosikal itu segera berpatah balik, tetapi mangsa dilihat tenat dipercayai cedera teruk di leher," katanya.


Terdapat dua kisah yang cuba BR paparkan di sini iaitu mengenai kemalangan yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja dan juga kaitan di antara kata-kata Kunta Kinte dalam pojoknya di Berita Harian, muka surat 27, bertarikh 15.10.2010 di bawah tajuk "Takut-takut kita tak SAM (Sejahtera, Aman dan Makmur) lagi."

Sebahagian daripada tulisan beliau berbunyi, "Bayangkanlah kalau menteri yang ada pengawal peribadi pun berasa tak selamat dan minta pengiring bermotosikal pula, apalah perasaan rakyat jelata yang sekali sekala saja nampak kelibat peronda polis. Bagi Kunta Kinte, kalau Kunta Kinte nampak pembesar yakin, Kunta Kinte pun rasa yakin. tapi kalau Kunta Kinte tengok pembesar kurang yakin dan dikerumuni oleh pengawal keselamatan bersenjata yang bengis dan agresif, Kunta Kinte pun rasa kurang yakin."

Cubalah kita tukarkan perkataan menteri dan pembesar di atas kepada perkataan "Ketua Polis" He.. he..


Walau apapun tafsiran pembaca, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Lans Koperal Mohammad Shahid Mohd Sham, semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihin. Al Fatihah.


4 Any comments?:

sonata anak kancil said...

takziah kepada keluarga allahyarham.al-fatihah

Dayang Deno said...

al-fatihah buat keluarga allahyarham..

karim jb said...

salam takziah..emm dowg bwk laju sangat la..suruh org awam ke tepi ketepi..dkt trafight light yg merah pun suruh jln..pdahal dpn keta tngah bnyk jln..jd huru hara d buatnya,,..klu ambulan tu ada patut jgk..bwk2 la brsbr cikit ..menteri x menteri pun..

Anonymous said...

walaupon ni entri lame....
takziah...emm

kwn sy bru je pas kene langgar moto yg iring raja terengganu.....rupeny2 moto tu xde roadtax!!!! mcm mane tu

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'