10 March, 2011

Mesin Jahit Singer Blues...


Inilah mesin jahit Singer milik keluarga yang masih berada di kampung. Mesin jahit jenis ini lebih dikenali sebagai 'mesin jahit kaki' kerana pergerakan mesin digerakkan oleh kaki yang digoyang-goyang di bawahnya. Terdapat juga 'mesin jahit tangan' kerana pergerakan mesin akan digerakkan oleh tangan yang akan memusing-musingkan roda di atasnya yang mempunyai tombol pemegang.


Pada suatu masa dahulu jenama Singer ini memang sinonim dengan mesin jahit. Bila sebut sahaja "Singer" tentulah mesin jahit yang akan dibayangkan. Berbeza dengan sekarang di mana jenama Singer ini telah meliputi berbagai jenis perkakasan elektrik hatta perabot sekalipun.

Untuk pengetahuan, masih jahit Singer ini masih boleh berfungsi dengan baik sehingga kini. Tetapi pada waktu ini memang sudah jarang-jarang digunakan lagi memandangkan mata emak pun sudah kurang 'terang' untuk menjahit. Sungguh tahan lasak kerana masih boleh bertahan sehingga kini dan rasanya usianya telahpun melebihi 50 tahun.


Mesin jahit ini boleh dilipat dan disimpan di dalam kabinetnya jika tidak digunakan. Selalunya mesin jahit ini juga boleh dijadikan sebagai meja hiasan dengan meletakkan berbagai hiasan seperti pasu bunga di atasnya. Satu pemandangan yang biasa kita lihat di kebanyakan rumah suatu ketika dahulu...


Dikeluarkan oleh The Singer Manufacturing Co. Made in Great Britain.


Semasa kecil-kecil dahulu di sinilah tempat BR bermain. Bersila di atas pemijak mesin jahit ini dan menjadikan besi yang bulat itu sebagai stering kereta. Setiap kali besi bulat itu dipulas, pemijak itupun akan bergerak dan betul-betul feel macam bawa kereta. Kepada pembaca yang sezaman, tentunya kenangan kita serupa... He.. he..


Roda yang disambungkan dengan tali kulit untuk menggerakkan roda di atas dengan menggoyang ke hadapan dan kebelakang pemijaknya. Perlu berhati-hati kerana silap-silap boleh 'terkapit' tangan...

Pada waktu ini mesin jahit elektrik pelbagai jenama lengkap dengan berbagai corak jahitan menjadi pilihan kerana ianya lebih pantas dan lebih mudah dikendalikan selain mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Namun begitu mesin jahit lama seperti ini janganlah pula kita lupakan atau terus dibuang kerana bagi mereka yang kreatif, ia boleh dijadikan meja hiasan yang cantik. Pembaca boleh melihatnya di Koleksi Warisan Bonda sebagai salah satu contoh.


Seperti basikal juga, mesin jahit Singer ini juga mempunyai head badgenya yang tersendiri. Dapat dilihat head badgenya The Singer Manufacturing Co. Trademark. Berlambangkan benang dan jarum.


Sekotak perkakas mesin jahit Singer ini yang masih tidak berusik didatangkan bersama mesin jahit ini sewaktu ianya baharu dibeli tersimpan di dalam laci mesin. Banyak sangat alat-alatnya sampai tidak tahu apakah fungsi masing-masing.


Untuk menambahkan lagi kebluesan postingan ini, bersama-sama ini BR sertakan sekeping resit pembayaran bulanan pembelian sebuah mesin jahit Singer yang bertarikh 30.11.1970 iaitu kira-kira 40 tahun yang lalu di sebuah kedai wakil sah mesin jahit Singer yang bertempat di Petaling Jaya.

Jika dilihat kepada bayaran bulanan seratus ringgit pada waktu itu amatlah besar nilainya jika dibandingkan dengan nilainya sekarang. Mungkin satu kesimpulan dapat dibuat bahawa harga mesin jahit Singer ini memang mahal harganya pada waktu itu.


"Singer Menawan Keluarga Bahagia"


Moral Value: Setunai-tunai pembelian barangan Singer, akhirnya hutang dikatakan jua...


36 Any comments?:

lavender harum wangi said...

hahahaha, memang antik~!! kat rumah aku ada.. tapi dah jadi tempat letak kain2 buruk.. haha :D

alan said...

kat umah saya ada lagi..tapi meja dia dah reput..terpaksa letak atas meja biasa..pedal dia dah tukar dengan automatik

Ezad said...

h0h.... dulu kat umh ak ader bnda nie.. inat maser kecik2.. salu men kat bawah pat pedal tu.. n duk pastu pegang yg roda besar tue.. wat cam stereng... men kete2... hehehe

::p0t pEt iLa:: said...

teringin nak guna mesin jahit tu..tp xpandai la.. :(

Surie said...

antik!penah nmpak kt umh kwn mak =)

Cik Bambam said...

kat rumah saya ada satuuuuu~!! heheheh

Terjah jom!: Kenapa KRU Production tak amek REMY ISHAK jadi HERO dalam Hikayat Merong Mahawangsa?????

Latifah said...

wahhh... sama la...
ada jugak 1 kat rumah, tapi dah rosak la.
dulu kecik2 suka gak wat kereta mesin jahit tu.
;p

Abu Shahmi said...

resit tu yang mahal tu...memang blues tol :)

fiqas said...

kat umah saya ada lagi ni.. mak saya masih guna..

thomas said...

badge tu yg paling cantik,memang menawan keluarga bahagia

dhea said...

itu mah dirumah juga ada, tapi ga bisa dipake, udah kuno soalnya..hehe

Iaryylr said...

Machine Jahit lama memang menarik!

Pudin TTG said...

Mengenang saaat tulong cucuk jarum di mesin SINGER lagu ni di rumah bonda

M Y R A said...

eh? kat rumah saya ade 2 mesin jahit niy. masih boleh dipakai lagi tau.

aNiM said...

kat umah anim pun ada mesin ni..

DeeYa said...

kat rumah saya ada satu. yang lacinya setingkat jek. masih berfungsi dengan baik lagi. tapi dah masuk 4 generasi dah mesin tu. arwah atuk beli 2nd hand kat singapura.

MASZ said...

kat rumah masz msh lagi ada mesin jahit nie..vintage kan

saya budak baik..:) said...

BR..sy x dapat baca entry ni..kenapa kabur??:(

Unknown said...

wah betul antik ni..mama saya pun ada satu tapi dah rosak

Bawang Goreng said...

Ha.. ha.. BG selalu berebut nak bawak kete nih...

Unknown said...

yeayyyyy kat kg ada 1. Masih boleh pakai!

Asfandi said...

Best!!! Vintage!!! Antik!!! Jangan jual atau buang lagi. Tunggu sampai generasi ke-4, dah masuk kategori antik dah tu. Bagi cukup umur 200tahun. Pastu, harga dia pasti melambung tinggi!!!

kakngah said...

arwah mak punye mesen jahit singer masih ada lagi kat kampung. cuma 'rumah' dia jek dah reput.

skrg, harga mesen jahit kaki cap singer dalam anggaran rm800.. kalau tipu cina tu kat aku.. tipu la aku kt korang..

Tepoh Dock said...

hurm...teringat rancangan singer dulu2...ada nyanyi2 lah...syok gak...tapi sekarang senyap camtu jer...

peace289 said...

mengimbau kenangan lame...cayalah blog nih..

che akira said...

ade jugak kat rumah! setiap kali nak jahit baju koyak akan bukak laci kecik mesin tu sebab nak carik benang ngan jarum. hahaha

LadyBird said...

kat rumah lady ade mende alah ni :)..
tp xsentuhpun.. xtahu berfungsi atau x..

rinn said...

salam....kalau awk berminat jamu barang lama jom blog saya..under barangan antic label

belogkiter said...

ni mesin jahit kesayangan nenek i.. barang lain leh usik.. not this one k.....

czueka zulaikha said...

czueka ade 1 cm ni kat uma kuikui . tp BR punye lagy klasik lol

Liza @ Adzriel AB said...

barang singer memang mahal. depa mark-up berganda-ganda. ada gak resit basikal tahun 1969.

lady dayana. said...

sy suka jd kan tmpt pijak mesin jahit tu cam buaian. hehe :P

shida anwar said...

kat umah mak pun ada mesin ni..arwah opah punya..

penggung said...

berapa harganya

Tomtom cjm said...

Saya punya dan mau saya jual mesin jahit seperti ini dan mau saya jual yg masih di putar dengan tangan bldan ada Kotaknya . Minat wa aja +62812.8822.3345

Tomtom cjm said...

Saya punya dan mau saya jual mesin jahit seperti ini dan mau saya jual yg masih di putar dengan tangan bldan ada Kotaknya . Minat wa aja +62812.8822.3345

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'