16 November, 2010

Telefon Coca-Cola


Satu penciptaan yang kreatif apabila sebuah telefon telah dibuat berbentuk sebuah tin minuman. Sekali pandang sememangnya kita tidak menyangka bahawa ianya adalah sebuah telefon. Berketinggian kira-kira 16 cm iaitu melebihi 4 cm daripada tin minuman Coca-Cola biasa.


Diperolehi daripada jualan di kaki lima sebuah pekan kecil di utara Semenanjung. Sewaktu dibeli dahulu memang tidak boleh dicuba untuk mengetahui keadaannya baik atau rosak, kerana itu jugalah penjual tersebut telah memberikan harga yang amat-amat berpatutan atau 'asal jalan'. Nasib telah menyebelahi BR kerana telefon Coca-Cola ini masih boleh berfungsi dengan baik apabila dicuba di rumah.


Bertindak sebagai gagang telefon di mana ia turut mempunyai ear piece dan juga microphone.


Ear piece.

Microphone.


Pandangan dari atas menunjukkan tempat membukanya juga dibuat menyerupai tin sebenar.


Butang dail (tekan) yang asas seperti telefon biasa terletak di bawah telefon. Kelihatan butang hitam di tengah-tengahnya itu ialah untuk telefon berada dalam keadaan sedia apabila diletakkan berdiri. Untuk pengetahuan, telefon ini mesti diletakkan berdiri supaya butang hitam tersebut sentiasa tertekan.


Single-line telephone jack (RJ11C) untuk disambungkan ke kabel telefon.


Kepada pembaca, peminat dan pengumpul barangan Coca-Cola tentunya lebih arif mengenai telefon ini. Sebarang maklumat yang berkaitan amatlah dialu-alukan. Apa kata Cik Mat?

18 Any comments?:

Sallehudin Said said...

mane nak cari .. ??

fiqas said...

uniknya..tak pernah jumpa n tahu pun ada telefon coca cola ni...

Iaryylr said...

wow best ini barang.. kasi ring ring dia punya bunyi, ring ring lagi kuat... aduh ta bole tidur

eMMe said...

agak2, ade tak org nak curi telefon coca cola ni bro? slmt hr raya Qurban buat bro n famili...

Kak Mahh said...

Kreatif....nak satu!

Shazwani said...

wow !!! haha
unik nyer..huhu

syairahmohdanuar said...

best best.nk jugak :D

Anonymous said...

whoah! cool gile phone mcm ni..
tp mcm susah nk pegang la pulak (:

thanks sbb singgah kt blog sy
salam maulidur rasul..

Anonymous said...

wahh..syoknyee

cik sakura said...

comel..best kalo dpt..bleh wat collection..

Unknown said...

beznyer ade tepon cam 2.. unik... ade nilai estitika... kalu jual mesti mahal... kalo xley gne sekali pon, boley d buat perhiasan.. sungguh kreatif....

Cikziee said...

Unik telefone nie..nak 1...hehe

angah said...

Hye.. tumpang lalu kat sini.. tibe2 nmpak n3 psl tepon ni.. sy penah tgk opesmate beli..

dia beli kt mydin katenye.. x tao le btol ke idak hehehehhe..

nur ikhyar dee said...

fuiyo....

hebat tu..hehe

thanks dtg blog :)

me3rma said...

penah tengok peminat coca cola dalam majalah 3 x clap..sanggup wat budget tahunan tuk cari koleksi coca cola..kalu la dier jumpa nieh..comfirm nyer laa dier angkat..eloppp..hee

Amorng38 said...

Ada air x dalam 2 bro?...:-D

fizazbd said...

BR mmg sempoi ar...fiza tgk tepon ni tergelak2 di buat nye..mmg xleh blah ..rase nk je g umah BR try test tepon ni gayut lame2!!! xleh blah..ape2 pon BR mmg sempoi..!

Ika Rafika said...

nak jual tk???macam mana nk hubunggi awak??

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'