22 September, 2010

Flash Kamera Hanimex


Jawapan Bagi Teka-teki Siri 3/2010


Setelah 4 hari berlalu sehinggalah jam 9.00 pagi tadi, seperti yang telah dijanjikan, hari ini BR akan umumkan jawapan sebenar dan siapakah pemenangnya bagi soalan teka-teki siri 3/2010 yang telah disiarkan pada 18.09.2010 yang lalu. Terima kasih kerana sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Tetapi sebelum itu mari kita lihat dahulu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh peserta-peserta yang telah sudi mengambil bahagian:


1. Solihin Zubir - penunu bunsen.
2. eszol - thermostat or jam randik
3. iza - soket plug fius
4. dyetika - pelita
5. tengkusri - lampu minyak tanah
6. ateyn - stand kipas ataupun blender punya motor yang bawah toh
6. Ahmad Hidayat - Pelita
7. zalya - pe tu... klu len, bg le...
8. Ezao' Edogawa - kepala pelita yang pakai minyak tanah
9. Hairil Rizal - Aerial tv? Ariel Radio? Ariel Luna Maya Cut Tari he.. he..
10. aren - tapak kaki lampu minyak tanah
11. MgtBobber - Tombol radio keset
12. MgtBobber - meter
13. transformed housewife - lampu suluh
14. F33Z~Hafizah~cucuatokaji - pelita/lampu minyak tanah/kaki pelita
15. MgtBobber - Tombol lampu gasolin !
16. iaryylr - suis
17. iza - kaki/penutup lampu gasolin
18. ikebal - pemegang mentol tungsten
19. MgtBobber - Suis reostat lampu!!


Setelah diteliti oleh para juri dan juruodit bertauliah berdasarkan jawapan yang diberikan di atas, keputusan pemenangnya ialah: TIADA walaupun tiga klu telahpun diberikan.


Jawapan yang sebenarnya ialah flash kamera (lampu kilat) dan gambar ini adalah pandangan dari bawah iaitu tapak bagi lampu flash tersebut. Rujuk: http://bluesriders.blogspot.com/2010/09/teka-teki-siri-32010-apakah-benda-ini.html


Flash kamera yang dimaksudkan ini berbentuk kiub dan mempunyai 4 lampu flash bagi setiap satu kiub dan saiz bagi setiap permukaannya ialah kira-kira 1 inci persegi. Setiap lampu flash yang telah digunakan akan menunjukkan tanda terbakar (hitam) sebagai tanda ianya telah digunakan.


Untuk pengetahuan, flash kamera ini dibeli berasingan dan hanya boleh berfungsi sebanyak 4 shots sahaja dan selepas itu ianya perlu diganti dengan yang baharu (pakai buang). Dipasang pada kamera dan setiap permukaan lampunya akan berpusing kepada permukaan lampu yang baharu setiap kali selepas shutter kamera ditekan.


Pandangan dari atas, jenama HANIMEX buatan Great Britain.


Lagi pandangan dari bawah, BR pernah menggunakan kamera ini disekitar tahun 1978 untuk mengambil gambar sewaktu masih kanak-kanak. Malang sekali kerana kameranya tidak sempat BR selamatkan untuk tatapan kita pada hari ini. Kameranya pun simple sahaja (body plastik) tetapi boleh menghasilkan gambar yang cantik pada ketika itu.


Sesuai dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi terkini, kamera dan flashnya ini bolehlah dianggap telah pupus kerana tiada lagi kelihatan jurugambar-jurugambar yang menggunakannya.


Mungkin ada di antara pembaca yang pernah menggunakannya dan lebih mengetahui mengenai flash kamera ini maka bolehlah berkongsi maklumatnya di sini.


Kepada semua peserta diharap supaya jangan berputus asa kerana teka-teki ini akan diadakan dari semasa ke semasa dengan soalan-soalan yang lebih mencabar lagi... He.. he..


11 Any comments?:

Ezao' Edogawa said...

hahaha! dlm byk2 contestant tak ada yang jwb betul?
haha.. mmg tak pernah jumpa benda flash camera ni ... ok tak apa. next time cuba lagi .. :)

Alan said...

tak penah tgk lagi camera dgn flash pakai buang hahahaha

Cik Tim said...

akhirnya..kita dah tau jawapan tu.. ingatkan kaki tempat gantung baju kecik2.. hehe

Unknown said...

entry nih kat blog aku related to barang lama gak mesti hang suka...kuman "nostalgic" Entry

sweetie2010.blogspot said...

Salam BR,

tak tahu pula ada teka teki no 3/10 ni. kalau tidak mesti hadiah tu tentunya milik Sweetie. hehhee. dah ketinggalan la pulak..ishk..

lina@home sweet home said...

Saya juga tidak menyangka kalau ini adalah lampu kilat...

Solihin Zubir said...

ahahhaa.. penunu bunsen.. x bley blah btoi jawapan...

H.A said...

hahaah..ni tidak adilll...1978 tuww...saya tak lahir lagila...ahahaha..zaman retro btol..tapi kuiz ni best..leh cube lagi next time kan.. :P

Muzaffar said...

Hahahahaha....

Tak pernah tengok pun benda ni..Lain kali bagilah teka-teki yang mudah2 sikit...hehehehe...

Seronok main teka-teki ni. Buat lagi noo....

Bang Aan said...

ia sob teka tekinya susah tenan je...


salam hangat...

Hairil Rizal said...

Ini kali mmg susah. Kena ulangkaji banyak sket nie...

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'